1996-Aku mula terdedah kepada sukan ini apabila mewakili sekolah dalam pertandingan rounders bawah 12 tahun peringkat zon sungai siput. Mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Aku semakin meminatinya apabila melihat ada sukan seumpamanya dimainkan di sekolah menengah di kampung aku iaitu sofbol.
1997-The Big Bro memperkenalkan sofbol kepada aku dan rakan2 seperjuangan semasa ditingkatan 1. Game pertama aku ialah di kejohanan MSSD Kuala Kangsar. Masa tu, mengeletar kaki masa berdiri dalam batting box.
Inila dia rupanya insan yang bertanggungjawab menjerumuskan aku dalam sukan sofbol ni
Sir Adnan da great1998-Sir Adnan dan Cg Ka merupakan sifu aku, merekalah yang mengajar teknik asas dalam permainan ini. Masa tu aku tak mempunyai impian yang tinggi. Cuma bermain di kejohanan MSSPK sudah mencukupi.
From left Cg Khairulamri, Derek Jeter, Sir Adnan1999-Masa aku form 3, Sir Adnan telah memberi kepercayaan kepada aku untuk bermain dalam pasukan 18tkb Daerah Kuala Kangsar. Itulah pengalaman yang amat terkesan dalam jiwa aku, sebab 1st time tengok pitcher laju gila... sukar dibayangkan
2000-2002-Aku meninggalkan sukan ini selama 3 tahun kerana memasuki sekolah teknik dan matrikulasi. Tiada sukan sofbol disana.
2003-2006-Sofbol the return. Aku berjumpa dengan sorang mamat ni masa orentasi di UUM, nama dia Sharafi. Mamat ni aku kenal, pithcer perak 1998-2000. So bunga bunga cinta kepada sofbol kembali. Aku berpakat dengan dia untuk sertai team UUM. Masa tu ada dalam 5 orang senior yang oatai gak la dalam sofbol. Kat sinilah aku semakin terdedah kepada sofbol dalam Malaysia ni, ramai otai2 yang aku kenal. Tapi masa tu aku tak dapat lagi feel seorang player softball sejati, walaupun banyak game aku main antaranya MASUM 3 kali, UUM Open, Friendly dengan team Kedah dan Perlis.
From left: Izahar, Sharafi, Derek Jeter, dan JepunUUM Softball Team at UKM MASUM 2005UUM Softball Team sampai di vanue MASUM 2005 UKM2006-Lokasinya ialah Bandar Perda Penang, aku menjalani praktikal selama 3 bulan di Aseania Development. Aku menetap di teratak yang indah iaitu Kondominium Mutiara bersama rakan lain. Pelik apabila melihat ada sebuah pasukan sofbol yang sangat mantap sedang berlatih di padang futsal di Pasific Megamall Seberang Perai Penang. Ketika itulah aku berkenalan dengan otai2 sofbol di Penang seperti Abi, Ifu, Kenny dan ramai lagi. Kenny la yang banyak entertain aku masa tu, hanya aku budak melayu dalam pasukan tu. Pasukan ni namanya United, meraka trainning bersama Vipers setiap malam rabu. Disinilah aku dapat menimba banyak skill yang boleh dikatakan tak pernah aku terfikir daripada mereka, walaupun berlainan bangsa mereka tidak menyisihkan aku sebaliknya mengalu-alukan kedatangan aku. Bersama pasukan ini aku menyertai beberapa kejohanan seperti Penang League, dan PSU Softball cup bertempat di Hadyai Songkhlka Thailand. Masa tu la aku Jumpa Abg Mat, yang merupakan jurulatih kami. Aku terkaget bila bertemu Abg Mat sebab dia merupakan coach Sir Adnan (sifu aku) masa Sir belajar di MRSM Balik Pulau dulu. Kira Abg Mat ni Otai Softball gila la. Dia outfielder Malaysia sekitar 60-80an dulu.
2007-Waktu ni aku dah habis belajar di UUM, mula mencari pekerjaan. Susah nak dapat kerja, so aku noreh getah di kampung. Masa ni la aku cari dan kumpulkan balik kawan2 lama yang main sofbol masa kat sekolah dulu. Aku berpakat dengan mereka untuk bentuk team. So sofbol diteruskan lagi dalam hidup aku, setiap petang aku turun training kat padang sekolah, syok gila. Antara kaki yang selalu training dengan aku mestilah 1st my buddy "al-fakre" atau dikenali sebagai e. Mamat ni tak pernah kata tidak kepada sofbol, pastu "Asan", "Amir", "Khalid", "Bob", "Asyraf Junior", "Mie", "Opie" dan ramai lagi la. Bermula la pencarian Players yang gila kepada softball, siap import Kimie, Along dan Ganu dari utara. Dari itu banyak game yang disertai ( boleh tengok kat blog ni http://sofbolbanshees.blogspot.com)
From Left; Amir, Derek Jeter, E, Shah, AsanKat padang ni la kami training2008-Aku masuk Institut Pendidikan Guru IPSAH KPLI PJ 08. Tapi Banshees tetap dijiwa... walaupun aku di IPG aku tetap join game yang Banshees sertai. Banshees tetap di hati. Disamping tu aku juga dah mula berkecimpung dalam bidang pengadilan, ujian dah lulus, praktikal pun dah buat, dan aku dapat batch Pengadil Sofbol Malaysia masa di Kejohanan Softball MSSM 2008 di Kota Bharu Kelantan. Sir Adnan jugaklah yang banyak support aku, thanks sir. Strikes u out!!!
From Left: Mr Charles Lesslar, Umpire dari Kedah, Umpire dari Penang, dan Ridzuan RawiLine Up!!!2009- Inilah tahun yang malap bagi aku dari aspek sofbol, aku ingat bila dah posting ke sekolah nak menubuhkan pasukan sofbol 12 tkb, nak jadi coach. Sekali kena posting di kawasan pedalaman di Kapit Sarawak. Terkubur niatku begitu sahaja. Nak main sofbol memang tak dapat la... Maybe umpire boleh kot. Sedih Betol, tapi Banshees tetap dihati.
Inilah aku sekarang yang tinggal hanya bola sofbol di baju dan tali leherSeorang guru pendalaman yang merindui sofbolnya...