Friday, April 17, 2009

IKAN EMPURAU (Tor tambroides)

Kapit sering kali disinonimkan dengan ikan-ikan eksotik kerana kedudukannya di kawasan hulu Sungai Rejang merupakan habitat semulajadi bagi banyak ikan asli di Sarawak. Salah sejenis ikan air tawar yang paling banyak dicari ialah ikan empurau. Ikan ini adalah amat masyhur di Sarawak.
Secara umumnya, ikan ini tinggal di anak sungai yang deras, jernih dan berbatu di kawasan hulu sistem sungai. Di Sarawak, ikan ini boleh dijumpai di hulu sungai-sungai utama seperti Rejang, Baram, Limbang dan Batang Ai. Di Rejang, terdapat tiga jenis ikan empurau yang dikenal pasti iaitu empurau burak, empurau merah dan empurau chelum.

Makanan semulajadi ikan empurau ialah tumbuh-tumbuhan seperti daun, buah-buahan dan bunga. Populasi ikan empurau adalah kecil. Akibat permintaan yang tinggi dan pencemaran alam sekitar, populasinya berkurangan dengan drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ikan empurau dapat mencapai berat lebih daripada 20 kg dan mencatat harga pasaran yang tinggi iaitu lebih daripada RM160kg sekilogram.

Terdapat banyak kekeliruan dalam membezakan ikan empurau daripada ikan semah (saudara terdekat ikan empurau). Kehadiran cuping panjang pada bibir bawah yang jarang dijumpai pada ikan semah ialah ciri perbezaan utama.

Pada tahun 2004, Pusat Penyelidikan dan Pengeluaran Ikan Asli Tarat telah berjaya membuat pembiakan tiruan bagi ikan empurau. Oleh itu, ikan ini mempunyai banyak potensi dalam industri akuakultur di Sarawak.

LAGENDA JERAM PELAGUS


Jeram Pelagus, terdiri daripada beberapa siri jeram di antara Kapit dan Belaga, terletak kira-kira 32km di Batang Rajang dari bandar Kapit. Jeram bersiri ini mempunyai sejumlah tujuh buah jeram yang menjangkau sejauh 12.8km (8 batu). Antara jeram yang paling bahaya ialah jeram-jeram sepanjang 1.6km yang berair deras dan bergelora melalui batu-batan yang tajam yang terletak berhampiran dengan Pusat Peranginan Pelagus.

Batu tongkol besar yang tonjol sewaktu paras air rendah menjadikan jeram itu tidak dapat dilalui oleh bot-bot besar manakala pada waktu paras air tinggi, air jeram menjadi bergelora dan berpusar menjadikan laluan sungai berbahaya. Pada masa dahulu, Jeram Pelagus menjadi penghalang kepada orang Iban daripada berhijrah jauh ke hulu dan bertembung dengan suku etnik lain yang telahpun menetap awal di sana. Kini. Jeram Pelagus merupakan aset pelancongan yang penting dengan terbinanya Pusat Peranginan Pelagus yang berhadapan dengan jeram itu.

Legenda mengatakan bahawa pada zaman purba dahulukala, terdapat seekor ular besar bermitos digelar Nabau. Pada suatu hari, ular itu menjelma sebagai seorang manusia yang cuba bermesra dengan isteri kepada seorang pahlawan. Pahlawan itu berjaya menangkap ular itu, mengeratnya kepada tujuh bahagian dan membuangnya ke dalam sungai. Keratan-keratan ular itu kemudiannya membentuk tujuh ketulan batu-batan iaitu tujuh buah jeram yang ada sekarang.

Jeram Pelagus dikatakan berpuaka dan bermitos di kalangan orang-orang tempatan kerana sekali dalam beberapa tahun, seseorang nyawa akan terkorban di jeram tersebut. Sesetengah orang tempatan masih lagi membuat upacara atau persembahan adat untuk menenteramkan roh-roh jeram itu.

BANSHEES 99 PATH

1996-Aku mula terdedah kepada sukan ini apabila mewakili sekolah dalam pertandingan rounders bawah 12 tahun peringkat zon sungai siput. Mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Aku semakin meminatinya apabila melihat ada sukan seumpamanya dimainkan di sekolah menengah di kampung aku iaitu sofbol.



1997-The Big Bro memperkenalkan sofbol kepada aku dan rakan2 seperjuangan semasa ditingkatan 1. Game pertama aku ialah di kejohanan MSSD Kuala Kangsar. Masa tu, mengeletar kaki masa berdiri dalam batting box.

Inila dia rupanya insan yang bertanggungjawab menjerumuskan aku dalam sukan sofbol ni
Sir Adnan da great




1998-Sir Adnan dan Cg Ka merupakan sifu aku, merekalah yang mengajar teknik asas dalam permainan ini. Masa tu aku tak mempunyai impian yang tinggi. Cuma bermain di kejohanan MSSPK sudah mencukupi.

From left Cg Khairulamri, Derek Jeter, Sir Adnan



1999-Masa aku form 3, Sir Adnan telah memberi kepercayaan kepada aku untuk bermain dalam pasukan 18tkb Daerah Kuala Kangsar. Itulah pengalaman yang amat terkesan dalam jiwa aku, sebab 1st time tengok pitcher laju gila... sukar dibayangkan




2000-2002
-Aku meninggalkan sukan ini selama 3 tahun kerana memasuki sekolah teknik dan matrikulasi. Tiada sukan sofbol disana.



2003-2006-Sofbol the return. Aku berjumpa dengan sorang mamat ni masa orentasi di UUM, nama dia Sharafi. Mamat ni aku kenal, pithcer perak 1998-2000. So bunga bunga cinta kepada sofbol kembali. Aku berpakat dengan dia untuk sertai team UUM. Masa tu ada dalam 5 orang senior yang oatai gak la dalam sofbol. Kat sinilah aku semakin terdedah kepada sofbol dalam Malaysia ni, ramai otai2 yang aku kenal. Tapi masa tu aku tak dapat lagi feel seorang player softball sejati, walaupun banyak game aku main antaranya MASUM 3 kali, UUM Open, Friendly dengan team Kedah dan Perlis.

From left: Izahar, Sharafi, Derek Jeter, dan Jepun


UUM Softball Team at UKM MASUM 2005


UUM Softball Team sampai di vanue MASUM 2005 UKM



2006-Lokasinya ialah Bandar Perda Penang, aku menjalani praktikal selama 3 bulan di Aseania Development. Aku menetap di teratak yang indah iaitu Kondominium Mutiara bersama rakan lain. Pelik apabila melihat ada sebuah pasukan sofbol yang sangat mantap sedang berlatih di padang futsal di Pasific Megamall Seberang Perai Penang. Ketika itulah aku berkenalan dengan otai2 sofbol di Penang seperti Abi, Ifu, Kenny dan ramai lagi. Kenny la yang banyak entertain aku masa tu, hanya aku budak melayu dalam pasukan tu. Pasukan ni namanya United, meraka trainning bersama Vipers setiap malam rabu. Disinilah aku dapat menimba banyak skill yang boleh dikatakan tak pernah aku terfikir daripada mereka, walaupun berlainan bangsa mereka tidak menyisihkan aku sebaliknya mengalu-alukan kedatangan aku. Bersama pasukan ini aku menyertai beberapa kejohanan seperti Penang League, dan PSU Softball cup bertempat di Hadyai Songkhlka Thailand. Masa tu la aku Jumpa Abg Mat, yang merupakan jurulatih kami. Aku terkaget bila bertemu Abg Mat sebab dia merupakan coach Sir Adnan (sifu aku) masa Sir belajar di MRSM Balik Pulau dulu. Kira Abg Mat ni Otai Softball gila la. Dia outfielder Malaysia sekitar 60-80an dulu.


2007-Waktu ni aku dah habis belajar di UUM, mula mencari pekerjaan. Susah nak dapat kerja, so aku noreh getah di kampung. Masa ni la aku cari dan kumpulkan balik kawan2 lama yang main sofbol masa kat sekolah dulu. Aku berpakat dengan mereka untuk bentuk team. So sofbol diteruskan lagi dalam hidup aku, setiap petang aku turun training kat padang sekolah, syok gila. Antara kaki yang selalu training dengan aku mestilah 1st my buddy "al-fakre" atau dikenali sebagai e. Mamat ni tak pernah kata tidak kepada sofbol, pastu "Asan", "Amir", "Khalid", "Bob", "Asyraf Junior", "Mie", "Opie" dan ramai lagi la. Bermula la pencarian Players yang gila kepada softball, siap import Kimie, Along dan Ganu dari utara. Dari itu banyak game yang disertai ( boleh tengok kat blog ni http://sofbolbanshees.blogspot.com)

From Left; Amir, Derek Jeter, E, Shah, Asan


Kat padang ni la kami training




2008-Aku masuk Institut Pendidikan Guru IPSAH KPLI PJ 08. Tapi Banshees tetap dijiwa... walaupun aku di IPG aku tetap join game yang Banshees sertai. Banshees tetap di hati. Disamping tu aku juga dah mula berkecimpung dalam bidang pengadilan, ujian dah lulus, praktikal pun dah buat, dan aku dapat batch Pengadil Sofbol Malaysia masa di Kejohanan Softball MSSM 2008 di Kota Bharu Kelantan. Sir Adnan jugaklah yang banyak support aku, thanks sir. Strikes u out!!!

From Left: Mr Charles Lesslar, Umpire dari Kedah, Umpire dari Penang, dan Ridzuan Rawi


Line Up!!!



2009- Inilah tahun yang malap bagi aku dari aspek sofbol, aku ingat bila dah posting ke sekolah nak menubuhkan pasukan sofbol 12 tkb, nak jadi coach. Sekali kena posting di kawasan pedalaman di Kapit Sarawak. Terkubur niatku begitu sahaja. Nak main sofbol memang tak dapat la... Maybe umpire boleh kot. Sedih Betol, tapi Banshees tetap dihati.

Inilah aku sekarang yang tinggal hanya bola sofbol di baju dan tali leher


Seorang guru pendalaman yang merindui sofbolnya...