KPLIPJIPSAH2008Pada abad ke-21 ini, ledakan daripada globalisasi telah memberi banyak kesan yang mencabar kepada dunia, terutamanya kepada negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Kesanya turut dirasai dalam bidang pendidikan yang memerlukan guru yang komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang meliputi usaha untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan bertaraf dunia.
Pada era dunia tanpa sempadan ini, profesion perguruan memerlukan banyak pengorbanan. Penekanan pendidikan kepada anak-anak pada era ini tidaklah semudah yang perlu dilalui oleh mereka yang pernah dan sedang bergelar guru. Ia juga memerlukan kecekalan selain daripada tahap kesabaran dan ilmu pengetahuan yang tinggi.
Justeru itulah, Kementerian Pelajaran member penekanan terhadap aspek pemilihan bakal guru, usaha pemantapan kerjaya perguruan, usaha penambahbaikan persekitaran kerjaya guru dan usaha meningkatkan rasa bangga dan keyakinan diri guru serta mengembalikan penghormatan masyarakat terhadap kerjaya perguruan itu sendiri.
Guru adalah kumpulan penting yang mampu melahirkan modal insane yang berkualiti. Oleh sebab itulah guru perlu meningkatkan taraf ilmu pengetahuan dan taraf profesionalisme serta keterampilan agar ia member kekuatan dan kelebihan kepada kerjaya mereka.
Sebenarnya, pembangunan pendidikan bukan hanya menyentuh segenap lapisan masyarakat tetapi perkara ini merupakan salah satu indicator penting kemajuan sesebuah Negara. Dinegara kita, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah mengagihkan peruntukan kewangan yang besar untuk sector pendidikan. Saya berpendapat di sini bahawa, apa yang diharapkan oleh Menteri berkenaan daripada peruntukan itu adalah, untuk memastikan agenda pembangunan sumber manusia terus dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan kemajuan Negara serta kualiti hidup rakyat.
Oleh kerana cabaran profesion perguruan masakini bersifat pelbagai, termasuk dari aspek penyediaan tenaga pengajar yang sanggup mengajar di kawasan terpencil, masalah disiplin guru, kerenah ibu bapa pelajar hinggalah kepada menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta mampu menfaatkan kemudahan teknologo di sekolah-sekolah, maka semua ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin kerana apa yang diharapkan oleh Negara dan masyarakat kepada guru amatlah tinggi.
“Kita mahu orang yang berjiwa guru dan betul-betul berminat menjadi guru dipilih” –Hishamuddin Tun Hussein
Sejajar dengan harapan itu, usaha memartabatkan profesion perguruan menjadi amat penting dalam menuntut warga pendidik itu sendiri supaya berpegang teguh kepada integeriti dan kredibiliti agar tiada pihak yang memperkecil dan memperlekehkan mereka
Memandangkan kini terdapat kira-kira 327,000 orang guru di seluruh Negara, maka masalah yang mereka hadapi juga adalah pelbagai dan banyak. Ini termasuk dari aspek penempatan seperti yang dialami saya sendiri kini, tatatertib, pertukaran dan bermacam-macam lagi isu yang berkaitan dengannya. Sejajar dengan itu, perkara berkaitan kenaikan pangkat, skim perkhidmatan, latihan dalam perkhidmatan, peluang melanjutkan pelajaran serta soal kebajikan guru memerlukan perhatian yang sewajarnya.