"Sekiranya kita gagal merancang, bermakna kita sedang merancang untuk gagal”. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, Allah swt yang maha esa menentukan segalanya. Amat benarlah kata-kata tersebut, rancangan awal kami ke Pulau Pinang untuk menyertai Kejohanan Sofbol Terbuka Pulau Pinang Kali ke-10 adalah untuk berkonvoi menaiki motorsikal. Dengan ketentuan Ilahi, pada pagi waktu kejadian semuanya berkumpul di rumah Mie dengan membawa motokar, kecuali Asan, kerana beliau mempunyai agenda tersendiri. Syukur Alhamdulillah.
Seperti tahun lepas, tahun ini juga kami semua berkumpul dirumah Mie pada pagi Khamis yang gerimis mengundang, 9 Disember sekitar jam 10 pagi. Seperti yang dijanjikan, Mie menyediakan sarapan pagi nasi lemak 50sen beserta kopi ‘O’ power. Majoriti pemain berada ditempat kejadian, Amir yang paling awal hadir, diikuti teman, kemudian Boy, Jai, Juad, Ajak, Syah, Tam, Asan, dan E menyusul dengan penuh bersemangat waja. Jelas sekali keghairahan pemain sofbol sejati terpacar di raut wajah mereka semua.
Selepas kenyang bersarapan dan pekena rokok sebatang, kami 11 orang bersiap sedia untuk bergerak dengan menaiki 3 buah kereta iaitu “Kancil Mantop”, “Toyota Terbaek”, dan “Myvi Tercinta” di Marshallkan sebuah “LC Orange”. Kami bergerak perlahan menuju ke destinasi pertama iaitu Kuala Kangsar Bandar Diraja. Amin menunggu kami di sana bersama “Mitsubishi Cancer” beliau.
Seterusnya kami menuju ke Kamunting untuk menjemput dua orang lagi pemain iaitu Aswad dan Ayie yang sedang menduduki ujian SPM. Selepas sejam perjalanan kami berhenti seketika di R&R Bukit merah untuk rehat dan rawat apa yang perlu.
Perjalanan diteruskan setengah jam kemudian menghala ke Simpang Ampat. Kami ke sana untuk mengambil peralatan sofbol yang telah di tempah daripada Ah Bee. Setelah semua urusan di Vipers Trading selesai kami meneruskan perjalanan dibekalkan Aiskrim Kochbi oleh Ah Bee.
Kami menuju ke Jeti George Town untuk menjemput seorang lagi pemain iaitu Amirul. Keadaan Trafik yang agak sibuk ketika itu menyebabkan kami sukar mengekori antara satu sama lain, sehingga ada yang tercicir. Ini menyebabkan masa di jalan raya berlarutan ke lewat tengah hari.
Setelah semuanya selesai kami terus ke destinansi penginapan iaitu Homestay Gertak Sanggul di Teluk Kumbar. Sesampainya kami disana, kami segera mencari tempat untuk melayan tekak dan perut masing-masing. Semua sudah kekurangan tenaga, tetapi masih ceria dan aktif waimma sudah kelaparan dan kepenatan. Mungkin disebabkan sesetengah dari kami yang gemar berkecindan tak kira masa. Hampir setiap masa ada sahaja perkara yang dijadikan bahan ketawa. Walaupun begitu, semuanya dalam kawalan.
SOFBOL MSSM 2024-RANGKING TERENGGANU UTK MSSM
-
Assalamualaikum dan salam madani...
Ranking negeri berubah ubah bila ada yg menang...
Biasa Selangor dominan sebab dia BYK SEK,ramai budak,ramai cikgu,r...
2 months ago