Thursday, March 26, 2009

TRIP KE KUCHING






































Cuti pertengahan penggal pertama persekolahan ini aku bercadang untuk ke Kuching, melawat Kakcik sekeluarga, iaitu Abg Zahrul, Kakcik, dan tiga orang permata hati mereka Nur Farah Alia 10, Nur Hanis Amira 8, dan Nur Syifa Najwa 2. Aku sampai di Terminal Bas Kuching sekitar jam 1230am bersama seorang rakan seperjuangan Sk Nanga Kain iaitu Rufina, yang merupakan seorang guru prasekolah di sekolah kami. Beliau ingin menghabiskan cuti bersama orang tuanya di kampung halaman iaitu Kucing. Perjalanan dari Sibu ke Kuching yang mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan kos rm40 itu memang memenatkan. Namun segala kepenatan itu bagaikan tidak terasa kerana ini pengalaman pertama aku menaiki bas sejauh itu di bumi kenyalang ini. Tambahan pula keinginan yang berkobar-kobar untuk melihat bagaimana keadaan bumi Sarawak ciptaan Ilahi yang indah ini. Apa yang peliknya sepanjang perjalanan tersebut aku langsung tidak terlelap, mungkin kerana setin tongkat ali madu Powerroot yang aku minum di Sibu tadi, tambahan pula keadaan jalan raya yang sempit dan tidak rata menyukarkan lagi untuk aku lena. Jadi dapatlah aku menginsafi seluruh perjalanan tersebut. Tidak banyak yang dapat di lihat kecuali hutan yang mengiringi perjalanan aku. Tayar bas mula bergolek dari Sibu jam 430pm, menuju ke Sarikei, untuk mengambil penumpang di sana. Kemudian perjalanan diteruskan menuju ke Bahagian Betong dan melewati Saratok. Cahaya matahari mulai hilang dari pandangan semasa melepasi betong, dan hujan juga mengiringi malam membasahi bumi Allah ini. Aku tidak dapat melihat dengan jelas persekitaran pada waktu itu. Cuma yang aku nampak signboard di tepi jalan kerana aku duduk di seat yang paling hadapan, Seri Aman 250km lagi. Hujan bertambah lebat ketika di Seri Aman dan disana jugalah bas tersebut berhenti di satu perhentian rehat. Aku makan malam disana, agak mahal juga nasi campur+ Nescafe rm 9. 15 jam jumlah perjalanan dari sekolah tempatku mengajar ke Kuching. Bergerak dari sekolah jam 10am menaiki perahu panjang seramai 12 orang dengan kos rm30 seorang mengambil masa 2 jam untuk ke Kapit. Sampai di Kapit terus menuju ke Wharf Sibu untuk menaiki boat express yang mula bergerak jam 1215pm mengambil masa 4 jam. Tambang yang dikenakan rm25 untuk business class, rm30 untuk vip class, dan rm20 untuk ekonomi class.
Hari pertama di Kuching, aku tidak kemana. Kakcik mengadakan majlis makan sempena ulang tahun Anis yang ke 8. Abg Zahrul menjemput rakan seperjuanganya yang mengajar di IKM Kuching. Aku sempat berbual dengan mereka di majlis tersebut, dan bertukar pengalaman dengan mereka. Ke semua mereka dari semenanjung, dan sudah berkeluarga. Ahad 15 mac kami semua ke Serikin, sempadan Sarawak dan Kalimantan. Pelbagai barangan yang dijual disini dengan harga yang berpatutan dan semuanya barangan buatan Indonesia, jika di semenanjung ia seperti Bukit Kayu Hitam di Kedah, atau Rantau Panjang di Kelantan, yang menjual barangan dari Thailand. Yang berbezanya Serikin beroperasi pada hujung minggu sahaja, kerana peniaganya semua datang dari Indonesia. Ramai juga pengunjung yang datang, mungkin kerana cuti sekolah. Rombongan dari semenanjungpun berkesempatan datang pada hari tersebut. Keadaanya amat sesak sekali, disebabkan jalan yang sempit dan pakir yang sedikit. Tempat ini akan menjadi lebih menarik sekiranya pihak kerajaan memajukannya dan ia boleh memberi peluang kepada masyarakat di situ untuk mempromosi dan menjual hasil kerja tangan mereka disamping dapat meningkatkan ekonomi mereka. Sekitar jam 11 am kami mula berunsur untuk pulang dan kami sempat singgah di “Wind Cave Nature Reserve” untuk makan nasi lemak yan dibawa tadi. Selesai makan kami meninjau-ninjau kawasan persekitaran tempat tesebut, sekali lagi melihat kebesaran ciptaan ilahi, sungainya yang mengalir damai, gua yang indah, persekitaran yang cantik. Kemudian kami semua menuju ke pusat bandaraya Kuching untuk menikmati makan tengah hari di Restoran Asam Payak, yang berhampiran dengan Wisma Satok. Makanan di sini amat menyelerakan kerana ia menyajikan hidangan atau masakan semenanjung, harganya juga agak berpatutan.
Keesokan harinya aku mendapatkan tiket flight air asia untuk pulang ke Sibu bertarikh 21 mac 2009 jam 1030am dengan harga rm140. Kemudian, sekali lagi kami ke Restoran Asam Payak untuk menjamu selera, aku mencuba Laksa Sarawak dan rasanya amat sedap sekali. Rasanya seperti mee kari di semenanjung, sungguh menyelerakan, rugi jika tidak mencuba. Pada petangnya Abang Zahrul membawa kami ke kaki Gunung Santubung untuk melihat gunung tersebut dengan lebih dekat lagi. Gunung ini berada di tepi laut, pemandangannya sangat indah dan memukau. Sebelum itu kami sempat menghirup udara segar sambil menghayati deruan ombak di Damai Beach Resort. Semamangnya resort ini sangat eksklusif dan menjadi tumpuan pelancong dari luar dan dalam negara. Kami juga sempat meninjau Kampung Budaya Sarawak. Keadaanya amat unik, di mana kita seolah-olah berada di perkampungan iban. Kami cuma melihatnya dari luar sahaja, kerana hari sudah lewat petang dan tidak berkesempatan untuk masuk. Satu hari nanti aku pasti kembali untuk menginap di Damai Beach Resort, menyingkap keindahan Kampung Budaya Sarawak, dan seterusnya merempit di Gunung Santubung.
Hari seterusnya kami ke “Cat Museum” yang tidak jauh dari rumah Kakcik, Cuma 15 minit dengan menaiki vios QAL 605. Bangunan muzium tersebut boleh di lihat sekitar Bandaraya Kuching kerana ia terletak di atas bukit, seperti Istana Kenangan yang terletak di Bukit Chandan Kuala Kangsar. Kebetulan pada masa yang sama satu rombongan sekolah rendah membuat lawatan sambil belajar. Keadaan agak sesak juga kerana dipenuhi dengan budak sekolah yang berpusu-pusu untuk melihat patung-patung kucing di dalam muzium tersebut. Seterusnya kami ke Kuching untuk mengunjungi Muzium Kuching yang banyak mempamerkan ciri-ciri kebudayaan negeri Sarawak. Kemudian kami ke Restoran Dayang untuk makan tengah hari. Pada sebelah petang aku ke IKM kuching tempat kerja Kakcik dan Abang Zahrul untuk melayari internet. Aku juga berkesempatan ronda-roda sekitar Bandaraya Kuching dengan menaiki motor kriss milik Abang Zahrul. Antara tempat yang sempat disinggah ialah Wisma Satok, Sarawak Water Front, Spring Shopping Mall, dan beberapa kawasan lain di sekitar Bandar Kuching. Disebelah malam aku.....