Wednesday, February 18, 2009

PERAK KE SARAWAK


“Kapit! kau biar betul Mat, semua dapat Sarawak ke?” Aku memang tidak percaya kata-kata Mat, bunyinya seperti Mat ingin mengenakan aku, tapi Mat bukan jenis yang suka mengenakan orang. “Kau pulak dapat mana?” aku inginkan kepastian. “Aku pun Sarawak juga, Miri, Semua dapat sana la, kecuali Kak Nor, Paeh, Zila, Dzul dan Erny sebab dah kawin. Tegas Mat. Aku masih tidak mempercayainya walaupun Mat mendapatkan maklumat tersebut sendiri di Putrajaya. Tak kan semua dapat Sarawak, siapa pula nak mengajar di semananjung ni. Hampir ke semua kawan yang aku tanya dapat ke Sarawak. Aku tidak dapat menerimanya, dan aku percaya ada kesilapan dalam sistem maklumat penempatan tersebut, aku ingin melihat sendiri di internet.

Tahniah! anda di tempatkan di negeri Sarawak. Maklumat penempatan anda adalah seperti berikut, "Kapit" berkuatkuasa pada 2 Februari 2009…

KAYAK


Kayak bermaksud sampan orang-orang Eskimo. Biasanya kayak tradisional dibuat daripada terpal atau serabut. Namun kini bahan-bahan kayak telah diperbaiki dengan menggunakan `fiberglass’. Manakala fungsi kayak itu sendiri telah diperbaiki dengan mempelbagaikan aktiviti penggunaannya. Dahulu sebagai alat perhubungan atau kenderaan, namun kini kayak dijadikan salah satu acara dalam sukan dan aktiviti rekreasi.

Aktiviti berkayak akan dapat menguji kekuatan fizikal, meningkatkan kesihatan, mental, emosi dan sosial di samping menyeronokkan. Namun dalam melakukan aktiviti ini, pelbagai aspek perlu kita ketahui seperti anatomi kayak, bahan / metarial kayak, cara mengendalikan kayak, kemahiran-kemahiran kayak, capsize, aktiviti menyelamat dan aspek-aspek keselamatan semasa dan selepas serta pergerakan sebelum, semasa dan selepas berkayak.

CIKGU MAN DAN SOFBOL



“Siapa mahu ikut cikgu pergi Kuching?” Tanya Cikgu Man kepada anak muridnya. Hampir ke semua murid di dalam kelas tersebut mengangkat tangan sambil berkata dengan pantasnya “aku ka enggau pengajar ke Kuching” bermaksud saya mahu ikut cikgu ke Kuching. Bahasa utama murid di sini ialah Bahasa Iban. Kesemua mereka berbangsa Iban, cuma sebilangan kecil daripada mereka yang fasih berbahasa melayu, dan yang lainnya tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Ini menyukarkan Cikgu Man untuk berkomunikasi dengan mereka. Tambahan pula Cikgu Man baru dua bulan bertugas di sekolah pedalaman 1 ini iaitu SK Nanga Kain Kapit Sarawak. Mujurlah ada segelintir murid yang boleh berbahasa melayu, merekalah yang banyak membantu Cikgu Man.

“Kalau kamu mahu ikut cikgu ke Kuching, kamu mesti main sofbol bersama cikgu, hari-hari latihan dari jam 3 hingga 5 petang, kamu sanggup tak?” dengan nada yang amat teruja cikgu Man bertanya lagi sambil menghayunkan bat sofbol yang dipegangnya. “Auk, kami sanggup enggau ninga jaku pengajar” maksudnya, ya kami sanggup dan akan mendengar kata cikgu.

Mendengar kata mereka begitu, semangat cikgu Man sangat teruja sambil membayangkan kali pertama dia melihat kanak-kanak kecil bermain sofbol di sebuah sekolah kampung di negeri Perak, iaitu SK Kampung Bahagia Kuala Kangsar. Ketika itu cikgu Man belum bergelar guru, dia dijemput oleh rakannya cikgu Adam dan cikgu Farid yang merupakan guru dan jurulatih sofbol di sekolah tersebut untuk membuat klinik sofbol di situ. Ketika itu cikgu Man sungguh bersemangat mencurahkan perkara-perkara asas dalam sofbol kepada mereka. Setelah beberapa bulan cikgu Man melatih murid SK Kampung Bahagia, banyak peningkatan yang dilihat terhadap murid-murid tersebut. Mereka sangat berminat terhadap sukan ini, tambahan pula ramai di antara mereka yang berbakat. Mereka dapat mempraktikan teknik yang betul, seperti balingan, menyambut, memukul dan sebagainya.

Semenjak itu cikgu Man mula memasang impian baru terhadap cintanya kepada sukan sofbol. Cikgu Man merupakan pemain sofbol negeri Perak, dan menyimpan impian untuk menjadi pemain sofbol Malaysia. Namun impianya amat sukat untuk dicapai kerana terlalu banyak halanganya. Lantas cikgu Man menyimpan impian tersebut jauh di sudut hatinya, dan memasang impian baru, iaitu ingin menjadi jurulatih sofbol dan memperolehi kejuaraan MSSM suatu hari nanti seperti idolanya. “Kalau kamu semua ingin bermain sofbol nanti cikgu bawakan peralatan sofbol ke sini ya” lamunan cikgu Man terhenti dengan kata-katanya sendiri. “Auk” sahut murid serentak.

Buat permulaan cikgu Man ingin fokus kepada pasukan lelaki sahaja, tetapi murid perempuan juga berkobar-kobar ingin turut serta. Tiada masalah untuk membentuk kedua-dua pasukan, bilangan murid mencukupi apabila murid tahun 5 dan tahun 4 digabungkan dan ditambah sebilangan murid tahun 3. Yang menjadi masalah ialah peralatan tidak mencukupi. Peralatan yang ada hanya cukup untuk satu pasukan sahaja. Semua peralatan tersebut cikgu Man perolehi dari jurulatih lamanya, yang juga merupakan seorang guru dan juga idolanya, iaitu Sir Hairy. Peralatan tersebut telah di siapkan sebelum cikgu Man dan sir Hairy berlepas ke Sarawak, dan Sir Hairy akan mengeposnya apabila cikgu Man sampai ke sekolah tempat beliau bertugas. Sir Hairy memang sangat memahami keinginan cikgu Man dan sudi membantu cikgu Man demi mengembangkan sukan Sofbol di bumi Malaysia ini.

Sekarang yang menjadi tanda tanya ialah pentadbiran sekolah, samaada menyokong projek cikgu Man atau sebaliknya. Cikgu Man tidak sempat berbincang dangan mereka kerana tiada masa yang sesuai dan sibuk dengan urusan gaji sebagai guru baru. Tambahan pula Guru Besar kerap menghadiri mesyuarat, penolong kanan ko kurikulum pula cuti sakit. Yang ada di sekolah Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan HEM. PK 1 tidak menggalakkan cikgu Man meneruskan rancangan beliau atas beberapa alasan. Katanya masyarakat di sini tidak mempunyi budaya sukan seperti yang cikgu Man bayangkan, bilangan murid tidak mencukupi dan sukan yang sedia ada masih belum maju. Beliau mencadangkan kepada cikgu Man supaya dapat memajukan sukan olahraga, bola sepak, dan takraw di sekolah tersebut. Cikgu Man cuma menganggukkan kepala, tanpa menyuarakan isi hatinya, di mana sukan sofbol boleh berjaya di sini, asalkan di beri masa tiga tahun. Silap haribulan boleh jadi juara MSSM.

Saturday, February 07, 2009

SAYA BANGGA MENJADI GURU




Alhamdulillah, tamat jugak pengajian aku baik adanya. Sedar tak sedar dah 17 tahun aku mengaji+mentelaah macam-macam benda. Tadika Kemas setahun, SK RKT Lasah 5 tahun, SMK RLKT Lasah 3 tahun, SMT Gerik 2 tahun, Kolej Taj setahun, Universiti Utara Malaysia 3 tahun, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Setahun... pergh macam tak caye je. Tapi itulah kenyataanya. Sepanjang-panjang pengajian aku di bumi Allah ini, tak pernah pulak aku terfikir nak jadi cikgu. Cuma masa tahun terakhir semasa di IPSAH baru berazam nak jadi guru. Dulu, masa sekolah rendah nak jadi doktor, naik sekolah menengah nak jadi jurutera pulak. Tapi memang aku minat gila nak jadi jurutera, kalau boleh nak dapat IR. Tapi hajat tak sampai sebab lepas matrix pointer tak cukup nak amik coz engineering. So, lepas tu atas nasihat ramai pihak, aku try bidang pendidikan, join KPLI buat physical education untuk menjadi guru. Dan inilah aku sekarang baru 2 bulan bergelar guru. aku bangga jadi guru, sebab arwah ayah aku pun guru gak, guru agama di kampung. Idola aku pun guru, cikgu bahasa inggeris masa form 3. Tambahan pulak disisi agama guru ni pekerjaan yang tinggi darjatnya, cuma masalahnya sekarang ni...

ABSEILING

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi.

Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah peserta juaga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut.

Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta, terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.