Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sempena Aidilfitri yang akan menjelang..
Saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan saya..
bagi yg erat, semoga kukuh dan berpanjangan.. bagi yg kurang rapat, bolehlah kita eratkan silaturahim.. bagi yg renggang, saya berharap kita boleh perbaiki keadaan kita, insya allah..

Mata kadang tersalah pandang,
Telinga kadang tersalah dengar,
Mulut kadang tersalah ucap,
Hati kadang tersalah duga,
Kaki terkadang tersalah langkah,
Tangan terkadang tersalah cuit,
Minda terkadang tersalah andai,
Tangan ku hulur di hari Mulia,
Maafkan segala silap yang pasti ada..


Sunday, September 13, 2009

FADHILAT SOLAT SUNAT TERAWIH MALAM 1-MALAM 30


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (R.A.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah SWT.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWT mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah SWT kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : "Hai hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati".

Malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah SWT angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah SWT kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah SWT kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah SWT memberi penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Friday, July 24, 2009

MUNAJAT CINTA



Malam ini ku sendiri, tak ada yang menemani, seperti malam-malam, yang sudah-sudah. Hati ini selalu sepi, tak ada yang menghiasi, seperti cinta ini, yang slalu pupus. Tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintai aku, apa adanya. Mawar ini semakin layu, tak ada yang memiliki, seperti aku ini semakin pupus. Tuhan kirimkalah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintai aku, apa adanya. Tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintai aku apa adanya. Tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintai aku apa adanya.

PENGGERAK AGENDA

KPLIPJIPSAH2008


Pada abad ke-21 ini, ledakan daripada globalisasi telah memberi banyak kesan yang mencabar kepada dunia, terutamanya kepada negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Kesanya turut dirasai dalam bidang pendidikan yang memerlukan guru yang komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang meliputi usaha untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan bertaraf dunia.
Pada era dunia tanpa sempadan ini, profesion perguruan memerlukan banyak pengorbanan. Penekanan pendidikan kepada anak-anak pada era ini tidaklah semudah yang perlu dilalui oleh mereka yang pernah dan sedang bergelar guru. Ia juga memerlukan kecekalan selain daripada tahap kesabaran dan ilmu pengetahuan yang tinggi.
Justeru itulah, Kementerian Pelajaran member penekanan terhadap aspek pemilihan bakal guru, usaha pemantapan kerjaya perguruan, usaha penambahbaikan persekitaran kerjaya guru dan usaha meningkatkan rasa bangga dan keyakinan diri guru serta mengembalikan penghormatan masyarakat terhadap kerjaya perguruan itu sendiri.
Guru adalah kumpulan penting yang mampu melahirkan modal insane yang berkualiti. Oleh sebab itulah guru perlu meningkatkan taraf ilmu pengetahuan dan taraf profesionalisme serta keterampilan agar ia member kekuatan dan kelebihan kepada kerjaya mereka.
Sebenarnya, pembangunan pendidikan bukan hanya menyentuh segenap lapisan masyarakat tetapi perkara ini merupakan salah satu indicator penting kemajuan sesebuah Negara. Dinegara kita, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah mengagihkan peruntukan kewangan yang besar untuk sector pendidikan. Saya berpendapat di sini bahawa, apa yang diharapkan oleh Menteri berkenaan daripada peruntukan itu adalah, untuk memastikan agenda pembangunan sumber manusia terus dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan kemajuan Negara serta kualiti hidup rakyat.
Oleh kerana cabaran profesion perguruan masakini bersifat pelbagai, termasuk dari aspek penyediaan tenaga pengajar yang sanggup mengajar di kawasan terpencil, masalah disiplin guru, kerenah ibu bapa pelajar hinggalah kepada menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta mampu menfaatkan kemudahan teknologo di sekolah-sekolah, maka semua ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin kerana apa yang diharapkan oleh Negara dan masyarakat kepada guru amatlah tinggi.
“Kita mahu orang yang berjiwa guru dan betul-betul berminat menjadi guru dipilih” –Hishamuddin Tun Hussein
Sejajar dengan harapan itu, usaha memartabatkan profesion perguruan menjadi amat penting dalam menuntut warga pendidik itu sendiri supaya berpegang teguh kepada integeriti dan kredibiliti agar tiada pihak yang memperkecil dan memperlekehkan mereka
Memandangkan kini terdapat kira-kira 327,000 orang guru di seluruh Negara, maka masalah yang mereka hadapi juga adalah pelbagai dan banyak. Ini termasuk dari aspek penempatan seperti yang dialami saya sendiri kini, tatatertib, pertukaran dan bermacam-macam lagi isu yang berkaitan dengannya. Sejajar dengan itu, perkara berkaitan kenaikan pangkat, skim perkhidmatan, latihan dalam perkhidmatan, peluang melanjutkan pelajaran serta soal kebajikan guru memerlukan perhatian yang sewajarnya.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN



Di alaf baru ini, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Malaysia masih lagi tidak diberi status yang sewajarnya seperti pengikktirafan yang telah dibuat di Negara-negara barat dan Megara-negara Asia lain. Di Amerika, badan badan professional seperti Akademi Pediatriks, Persatuan Perubatan Amerika, Persatuan Pendidikan Nasional, Persatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Sekolah Rendah dan Badan Bersekutu Untuk Kesihatan,Pendidikan Jasmani,Rekreasi dan Tarian (AAHPERD) telah mengesahkan Resolusi 97 Kongres Amerika (1987) yang menggalakkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta agensi-agensi pendidikan tempatan untuk mengadakan program Pendidikan Jasmani harian yang berkualiti untuk semua kanak-kanak di sekolah rendah. Adakah perkara seperti ini berlaku di Negara Malaysia yang kita cintai ini?

Justeru kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya member penekanan kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak yang kurang mahir dalam aktiviti sukan. Sekolah seharusnya mengajar kanak-kanak tentang senaman dan pembangunannya serta pengekalan pelaziman senaman seumur hidup. Ini diselaraskan dengan pendapat Barrow (1971) yang meletak Pendidikan Jasmani dalam konteks “pengalaman pendidikan keseluruhan” (the total education experience) yang menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan berkaitan dengan hal dalam keseluruhan kehidupan seseorang.


APA ITU PENDIDIKAN JASMANI?

Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapid an berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan untuk menjadi aktif, dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Dalam perkataan lain, Pendidikan Jasmani membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara keseluruhanya yang mengambil kira aspek-aspek afektif, kognitif, dan psikomotor. Konsep menyeluruh ini adalah selari dengan pendapan Dauer (1995) yang berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang member sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-pengalman pergerakan.

Pendapat ini selaras dengan kenyataan Jabatan Pendidikan dan Sains, London Capel,200) bahawa Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahamannserta untuk menggalakkan kecekapan fizikal. Walau bagaimanapun focus tersebut adalah ke atas kanak-kanak dan pembangunan kecekapan fizikal, bukan ke atas aktiviti fizikal.

To be continue…

PELAJAR YANG BERJAYA HADIAH TEBAIK BUAT GURU.




Tiada hadiah yang lebih bermakna buat seorang guru melainkan anak didiknya mampu mencapai keputusan yang cemerlang di sekolah dan menjadi orang yang berjaya suatu hari kelak. Sekiranya guru dapat menghasilkan modal insane yang baik, mampu bersaing dalam arena antarabangsa, menjadi insan yang bertanggungjawab dan boleh memberi perhatian terhadap pembangunan negara, maka itulah hadiah paling bermakna buat mereka.
Sesungguhnya segala ilmu yang dicurah dan jasa bakti yang ditabur para guru selama ini tidak akan sia-sia kerana setiap produk Negara kita yang berjaya adalah hasil titik peluh para guru. Jasa guru tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Dalam menghadapi era globalisasi, peranan dan tanggungjawab institusi pendidikan disemua peringkat adalah amat penting bagi menyediakan pelajar yang berwibawa dan mempunyai semangat kental untuk dunia masa hadapan yang penuh cabaran.
Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, pembelajaran yang sempurna amat penting kea rah menjana dan mencerna pelajar yang berpengetahuan tinggi, berakhlak mulia serta mampu member sumbangan ke arah membina Negara. Bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’
Sesungguhnya untuk merealisasikan hasrat murni ini, semua pihak perlu memainkan peranan positif, namun guru merupakan kumpulan dibarisan hadapan yang berperanan sebagai ‘role model’. Disamping itu, guru juga harus bersikap proaktif dan kreatif dalam menyediakan landasan kukuh untuk membentuk generasi yang bakal berdepan dengan pelbagai arus perubahan dan cabaran.

11 BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT

Sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri semalam (11 julai 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 berita yang pasti menggembirakan semua lapisan rakyat dalam usaha kerajaan memberikan masa depan lebih baik, makmur dan terjamin untuk mereka.
Berikut ialah berita gembira itu yang diumumkan beliau pada majlis 100 Hari Najib Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan turut disiarkan secara langsung oleh RTM:

1. Pengguna kad prabayar, Smart Tag dan Touch n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka layak menerima diskaun 20 peratus.
2. Kerajaan akan ditawarkan 44,000 unit perumahan rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.
3. Penjaja dan peniaga kecil di Walayah Persekutuan akan menikmati potongan sebanyak 50 peratus bagi pembaharuan lessen baru mereka berkuat kuasa serta-merta.
4. Kerajaan menambah 3,000 lagi permit teksi yang permohonannya diluluskan dalam masa 3 bulan akan datang.
5. Langkah-langkah drastic bagi mengurangkan jenayah dan memerangi rasuah.
6. Permohonan pendaftaran kelahiran dipermudahkan di Sabah dan Sarawak.
7. Pembinaan jalan ditambah di Sabah dan Sarawak.
8. Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah dan Sarawak.
9. Kadar bayaran latihan menunggang motosikal bagi kelas B2 iaitu 250cc ke bawah dikurangkan kepad RM211 mulai 1 september.
10. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta disediakan usahawan muda kaum india.
11. Tabung unit amanah baru dinamakan Amanah Saham 1 Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan.