Friday, July 24, 2009

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN



Di alaf baru ini, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Malaysia masih lagi tidak diberi status yang sewajarnya seperti pengikktirafan yang telah dibuat di Negara-negara barat dan Megara-negara Asia lain. Di Amerika, badan badan professional seperti Akademi Pediatriks, Persatuan Perubatan Amerika, Persatuan Pendidikan Nasional, Persatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Sekolah Rendah dan Badan Bersekutu Untuk Kesihatan,Pendidikan Jasmani,Rekreasi dan Tarian (AAHPERD) telah mengesahkan Resolusi 97 Kongres Amerika (1987) yang menggalakkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta agensi-agensi pendidikan tempatan untuk mengadakan program Pendidikan Jasmani harian yang berkualiti untuk semua kanak-kanak di sekolah rendah. Adakah perkara seperti ini berlaku di Negara Malaysia yang kita cintai ini?

Justeru kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya member penekanan kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak yang kurang mahir dalam aktiviti sukan. Sekolah seharusnya mengajar kanak-kanak tentang senaman dan pembangunannya serta pengekalan pelaziman senaman seumur hidup. Ini diselaraskan dengan pendapat Barrow (1971) yang meletak Pendidikan Jasmani dalam konteks “pengalaman pendidikan keseluruhan” (the total education experience) yang menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan berkaitan dengan hal dalam keseluruhan kehidupan seseorang.


APA ITU PENDIDIKAN JASMANI?

Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapid an berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan untuk menjadi aktif, dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Dalam perkataan lain, Pendidikan Jasmani membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara keseluruhanya yang mengambil kira aspek-aspek afektif, kognitif, dan psikomotor. Konsep menyeluruh ini adalah selari dengan pendapan Dauer (1995) yang berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang member sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-pengalman pergerakan.

Pendapat ini selaras dengan kenyataan Jabatan Pendidikan dan Sains, London Capel,200) bahawa Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahamannserta untuk menggalakkan kecekapan fizikal. Walau bagaimanapun focus tersebut adalah ke atas kanak-kanak dan pembangunan kecekapan fizikal, bukan ke atas aktiviti fizikal.

To be continue…

1 comments:

Unknown said...

assalamualaikum..

saya amat berminat untuk tajuk ini untuk tajuk asignment saya.

Bolehkan sekiranya anda berkongsi dengan saya tentang tajuk ini melalui email saya

fiverose_87@yahoo.com

Semoga ALLAH permudahkan sgala urusan..amin

Post a Comment