Friday, July 24, 2009

PELAJAR YANG BERJAYA HADIAH TEBAIK BUAT GURU.




Tiada hadiah yang lebih bermakna buat seorang guru melainkan anak didiknya mampu mencapai keputusan yang cemerlang di sekolah dan menjadi orang yang berjaya suatu hari kelak. Sekiranya guru dapat menghasilkan modal insane yang baik, mampu bersaing dalam arena antarabangsa, menjadi insan yang bertanggungjawab dan boleh memberi perhatian terhadap pembangunan negara, maka itulah hadiah paling bermakna buat mereka.
Sesungguhnya segala ilmu yang dicurah dan jasa bakti yang ditabur para guru selama ini tidak akan sia-sia kerana setiap produk Negara kita yang berjaya adalah hasil titik peluh para guru. Jasa guru tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Dalam menghadapi era globalisasi, peranan dan tanggungjawab institusi pendidikan disemua peringkat adalah amat penting bagi menyediakan pelajar yang berwibawa dan mempunyai semangat kental untuk dunia masa hadapan yang penuh cabaran.
Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, pembelajaran yang sempurna amat penting kea rah menjana dan mencerna pelajar yang berpengetahuan tinggi, berakhlak mulia serta mampu member sumbangan ke arah membina Negara. Bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’
Sesungguhnya untuk merealisasikan hasrat murni ini, semua pihak perlu memainkan peranan positif, namun guru merupakan kumpulan dibarisan hadapan yang berperanan sebagai ‘role model’. Disamping itu, guru juga harus bersikap proaktif dan kreatif dalam menyediakan landasan kukuh untuk membentuk generasi yang bakal berdepan dengan pelbagai arus perubahan dan cabaran.

0 comments:

Post a Comment