Allah sedang berbicara denganmu, sabar dan ikhlas adalah erti Islam… Ya Allah jika kehidupan di dalam penjara ini menjauh dan merenggangkan aku dengan dunia luar yang aku ingini dan aku cintai, tetapi ia mendekatkan aku denganmu, maka aku lebih rela hidup di sini asalkan hatiku sentiasa terpaut dan dekat padamu ya Allah
Wednesday, February 18, 2009
PERAK KE SARAWAK
“Kapit! kau biar betul Mat, semua dapat Sarawak ke?” Aku memang tidak percaya kata-kata Mat, bunyinya seperti Mat ingin mengenakan aku, tapi Mat bukan jenis yang suka mengenakan orang. “Kau pulak dapat mana?” aku inginkan kepastian. “Aku pun Sarawak juga, Miri, Semua dapat sana la, kecuali Kak Nor, Paeh, Zila, Dzul dan Erny sebab dah kawin. Tegas Mat. Aku masih tidak mempercayainya walaupun Mat mendapatkan maklumat tersebut sendiri di Putrajaya. Tak kan semua dapat Sarawak, siapa pula nak mengajar di semananjung ni. Hampir ke semua kawan yang aku tanya dapat ke Sarawak. Aku tidak dapat menerimanya, dan aku percaya ada kesilapan dalam sistem maklumat penempatan tersebut, aku ingin melihat sendiri di internet.
Tahniah! anda di tempatkan di negeri Sarawak. Maklumat penempatan anda adalah seperti berikut, "Kapit" berkuatkuasa pada 2 Februari 2009…
KAYAK
Kayak bermaksud sampan orang-orang Eskimo. Biasanya kayak tradisional dibuat daripada terpal atau serabut. Namun kini bahan-bahan kayak telah diperbaiki dengan menggunakan `fiberglass’. Manakala fungsi kayak itu sendiri telah diperbaiki dengan mempelbagaikan aktiviti penggunaannya. Dahulu sebagai alat perhubungan atau kenderaan, namun kini kayak dijadikan salah satu acara dalam sukan dan aktiviti rekreasi.
Aktiviti berkayak akan dapat menguji kekuatan fizikal, meningkatkan kesihatan, mental, emosi dan sosial di samping menyeronokkan. Namun dalam melakukan aktiviti ini, pelbagai aspek perlu kita ketahui seperti anatomi kayak, bahan / metarial kayak, cara mengendalikan kayak, kemahiran-kemahiran kayak, capsize, aktiviti menyelamat dan aspek-aspek keselamatan semasa dan selepas serta pergerakan sebelum, semasa dan selepas berkayak.
CIKGU MAN DAN SOFBOL
“Siapa mahu ikut cikgu pergi Kuching?” Tanya Cikgu Man kepada anak muridnya. Hampir ke semua murid di dalam kelas tersebut mengangkat tangan sambil berkata dengan pantasnya “aku ka enggau pengajar ke Kuching” bermaksud saya mahu ikut cikgu ke Kuching. Bahasa utama murid di sini ialah Bahasa Iban. Kesemua mereka berbangsa Iban, cuma sebilangan kecil daripada mereka yang fasih berbahasa melayu, dan yang lainnya tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Ini menyukarkan Cikgu Man untuk berkomunikasi dengan mereka. Tambahan pula Cikgu Man baru dua bulan bertugas di sekolah pedalaman 1 ini iaitu SK Nanga Kain Kapit Sarawak. Mujurlah ada segelintir murid yang boleh berbahasa melayu, merekalah yang banyak membantu Cikgu Man.
“Kalau kamu mahu ikut cikgu ke Kuching, kamu mesti main sofbol bersama cikgu, hari-hari latihan dari jam 3 hingga 5 petang, kamu sanggup tak?” dengan nada yang amat teruja cikgu Man bertanya lagi sambil menghayunkan bat sofbol yang dipegangnya. “Auk, kami sanggup enggau ninga jaku pengajar” maksudnya, ya kami sanggup dan akan mendengar kata cikgu.
Mendengar kata mereka begitu, semangat cikgu Man sangat teruja sambil membayangkan kali pertama dia melihat kanak-kanak kecil bermain sofbol di sebuah sekolah kampung di negeri Perak, iaitu SK Kampung Bahagia Kuala Kangsar. Ketika itu cikgu Man belum bergelar guru, dia dijemput oleh rakannya cikgu Adam dan cikgu Farid yang merupakan guru dan jurulatih sofbol di sekolah tersebut untuk membuat klinik sofbol di situ. Ketika itu cikgu Man sungguh bersemangat mencurahkan perkara-perkara asas dalam sofbol kepada mereka. Setelah beberapa bulan cikgu Man melatih murid SK Kampung Bahagia, banyak peningkatan yang dilihat terhadap murid-murid tersebut. Mereka sangat berminat terhadap sukan ini, tambahan pula ramai di antara mereka yang berbakat. Mereka dapat mempraktikan teknik yang betul, seperti balingan, menyambut, memukul dan sebagainya.
Semenjak itu cikgu Man mula memasang impian baru terhadap cintanya kepada sukan sofbol. Cikgu Man merupakan pemain sofbol negeri Perak, dan menyimpan impian untuk menjadi pemain sofbol Malaysia. Namun impianya amat sukat untuk dicapai kerana terlalu banyak halanganya. Lantas cikgu Man menyimpan impian tersebut jauh di sudut hatinya, dan memasang impian baru, iaitu ingin menjadi jurulatih sofbol dan memperolehi kejuaraan MSSM suatu hari nanti seperti idolanya. “Kalau kamu semua ingin bermain sofbol nanti cikgu bawakan peralatan sofbol ke sini ya” lamunan cikgu Man terhenti dengan kata-katanya sendiri. “Auk” sahut murid serentak.
Buat permulaan cikgu Man ingin fokus kepada pasukan lelaki sahaja, tetapi murid perempuan juga berkobar-kobar ingin turut serta. Tiada masalah untuk membentuk kedua-dua pasukan, bilangan murid mencukupi apabila murid tahun 5 dan tahun 4 digabungkan dan ditambah sebilangan murid tahun 3. Yang menjadi masalah ialah peralatan tidak mencukupi. Peralatan yang ada hanya cukup untuk satu pasukan sahaja. Semua peralatan tersebut cikgu Man perolehi dari jurulatih lamanya, yang juga merupakan seorang guru dan juga idolanya, iaitu Sir Hairy. Peralatan tersebut telah di siapkan sebelum cikgu Man dan sir Hairy berlepas ke Sarawak, dan Sir Hairy akan mengeposnya apabila cikgu Man sampai ke sekolah tempat beliau bertugas. Sir Hairy memang sangat memahami keinginan cikgu Man dan sudi membantu cikgu Man demi mengembangkan sukan Sofbol di bumi Malaysia ini.
Sekarang yang menjadi tanda tanya ialah pentadbiran sekolah, samaada menyokong projek cikgu Man atau sebaliknya. Cikgu Man tidak sempat berbincang dangan mereka kerana tiada masa yang sesuai dan sibuk dengan urusan gaji sebagai guru baru. Tambahan pula Guru Besar kerap menghadiri mesyuarat, penolong kanan ko kurikulum pula cuti sakit. Yang ada di sekolah Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan HEM. PK 1 tidak menggalakkan cikgu Man meneruskan rancangan beliau atas beberapa alasan. Katanya masyarakat di sini tidak mempunyi budaya sukan seperti yang cikgu Man bayangkan, bilangan murid tidak mencukupi dan sukan yang sedia ada masih belum maju. Beliau mencadangkan kepada cikgu Man supaya dapat memajukan sukan olahraga, bola sepak, dan takraw di sekolah tersebut. Cikgu Man cuma menganggukkan kepala, tanpa menyuarakan isi hatinya, di mana sukan sofbol boleh berjaya di sini, asalkan di beri masa tiga tahun. Silap haribulan boleh jadi juara MSSM.
Saturday, February 07, 2009
SAYA BANGGA MENJADI GURU
Alhamdulillah, tamat jugak pengajian aku baik adanya. Sedar tak sedar dah 17 tahun aku mengaji+mentelaah macam-macam benda. Tadika Kemas setahun, SK RKT Lasah 5 tahun, SMK RLKT Lasah 3 tahun, SMT Gerik 2 tahun, Kolej Taj setahun, Universiti Utara Malaysia 3 tahun, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Setahun... pergh macam tak caye je. Tapi itulah kenyataanya. Sepanjang-panjang pengajian aku di bumi Allah ini, tak pernah pulak aku terfikir nak jadi cikgu. Cuma masa tahun terakhir semasa di IPSAH baru berazam nak jadi guru. Dulu, masa sekolah rendah nak jadi doktor, naik sekolah menengah nak jadi jurutera pulak. Tapi memang aku minat gila nak jadi jurutera, kalau boleh nak dapat IR. Tapi hajat tak sampai sebab lepas matrix pointer tak cukup nak amik coz engineering. So, lepas tu atas nasihat ramai pihak, aku try bidang pendidikan, join KPLI buat physical education untuk menjadi guru. Dan inilah aku sekarang baru 2 bulan bergelar guru. aku bangga jadi guru, sebab arwah ayah aku pun guru gak, guru agama di kampung. Idola aku pun guru, cikgu bahasa inggeris masa form 3. Tambahan pulak disisi agama guru ni pekerjaan yang tinggi darjatnya, cuma masalahnya sekarang ni...
ABSEILING
Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi.
Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta, terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.
BACK TO NATURE
My Blog List
-
SOFBOL MSSM 2024-RANGKING TERENGGANU UTK MSSM - Assalamualaikum dan salam madani... Ranking negeri berubah ubah bila ada yg menang... Biasa Selangor dominan sebab dia BYK SEK,ramai budak,ramai cikgu,r...2 months ago
-
Kampung Inggris Pare Terbaik: Panduan Lengkap untuk Memilih Tempat Belajar Bahasa Inggris Terbaik - Kampung Inggris Pare Terbaik: Panduan Lengkap untuk Memilih Tempat Belajar Bahasa Inggris Terbaik [image: Kampung Inggris Pare Terbaik Panduan Lengkap untu...4 months ago
-
3 Flavours Kolo Mee @ Teck Teck Cafe - It is quite uncommon to find all 3 types of flavour kolo mee in a single plate. I was introduced to a hidden gem; Teck Teck Cafe at 7th Mile, Kota Sentos...7 months ago
-
Forum Terbuka: Hijrah Manifestasi Kemerdekaan Hakiki - Assalamualaikum, Moga mendapat manfaat daripada forum terbuka ini;Live Streaming5 years ago
-
IMPIAN MENJADI KENYATAAN - SEORANG YANG GAGAL BERJAYA MENDAPAT GELAR DOKTOR PENDIDIKAN - Sejak di bangku sekolah saya sudah berimpian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dengan menjadikan mereka yang sudah berjaya dalam pendidikan ...6 years ago
-
SEGALANYA : Atilia feat. Lokman Aslam - Atilia feat. Lokman Aslam SEGALANYA Here's a great song i just recently discovered it's by Atilia featuring Lokman Aslam... the song is very catchy, re...6 years ago
-
Update harga dan product... - *Update harga dan product...* *Ecopack Small size:* 🌟Ecopack carrot cake wt cream cheese...... rm8/pack 🌟Ecopack brownies walnut ......rm6/pack👍👍👍 🌟...8 years ago
-
-
-
Sedia Kontak BBM Untuk Online Shop - *Sedia Kontak BBM Untuk Online Shop* Sedia Kontak BBM Untuk Online Shop | Indonesia online superstore If present is still doubt the accuracy of the fuel ...9 years ago
-
Tomorrowland: A World Beyond in the United Kingdom - Disney Tomorrowland: A World Beyond in the United Kingdom adalah merupakan filem fiksyen sains misteri pengembaraan yang diarahkan oleh Brad Bird. Filem ya...9 years ago
-
Bantuan Banjir Anjuran Alumni SEMETRIK 2014 - *Assalamualaikum,* Sebagaimana yang diketahui ramai musibah banjir yang menimpa beberapa negeri di semenanjung Malaysia. Lantaran itu Persatuan Bekas Pel...9 years ago
-
KEMENTERIAN KESIHATAN MASIH BELUM MAMPU MENJELASKAN BAGAIMANAKAH SAMPEL COKLAT DIUJI DICEMARI DNA BABI - Saya siarkan temu bual wartawan Utusan Malaysia bersama Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah. UTUSAN : Mengapa...10 years ago
-
Kakak sulung - Usia dah menginjak 30-an. xsangka masa berlalu dengan pantas.Terasa diri ini masih 20-an gitewww..auww..(dasar xsedar diri..huahua)..Tengok adik-adik dah b...11 years ago
-
-
Datuk Seri anggota Geng 36 - Penahanan ke atas seorang lelaki bergelar Datuk Seri pada 1 April lalu selepas disyaki menyalurkan dana kepada pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, S...11 years ago
-
PERAK LEAGUE 2011 - Dengan 200% komitmen yang diberikan oleh semua, 4 perlawanan Liga Sofbol Perak 2011 diharungi Banshees dengan jaya dan bergayanya. Bukan kacak bergaya ata...13 years ago
-
-
Macam-macam cara orang nak menipu sekarang ni.. - [image: http://www.emocutez.com]Assalammualaikum pembuka bicara. Diharapkan semua pengunjung blog ni berada dalam keadaan sihat sejahtera. Berbalik pada t...13 years ago
-
-
JPP-MSP POLIMAS INTERNATIONAL SOFTBALL CHAMPIONSHIP2010 - Team ACES will be participating in this tournament and the details is as follows: Date: 24 - 28 June 2010 Venue: Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Sh...14 years ago
-
-
不堪一击 - 百忍不成金, 不足为奇. 吃硬不吃软, 不学无识. 如果一個油田發生意外或人為的著火燃燒,要滅火的話請問要用什麼方法? 「地獄戰士」是油田發生大火時的緊急部隊,是滅火專家,自稱為「地獄戰士」其來有自,因為油田如果發生火災,附近的溫度高達攝氏400度,有如煉獄。雖然他們每天的薪水高達4萬台幣,但是一個異常辛苦又危...14 years ago
-
Peranan psikologi seni visual - Psikologi merujuk kepada emosi dan perasaan seseorang yang biasanya melibatkan gerak balas sistem saraf seperti otak. Setiap individu mempunyai kesan psiko...15 years ago
-
MALB EXECUTIVE BOARD OFFICIAL PRESS RELEASE - No.: 012/09 SUBJECT: AMENDMENT TO MALB ASEAN SERIES FREQUENCY *24 September 2009 (Kuala Lumpur):* The MALB Executive Board held an emergency session amids...15 years ago
-
-
Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam - Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 67 orang yang disahkan dan M...15 years ago
-
Amali conjugacion (i'rab) - Assalamualaikum murid-murid.. Cuba murid-murid conjugate kata kerja berikut, semua mengikut cara *verbos regulares*: i) caminar ( to walk); guna cara *ve...15 years ago
-
-
-