Saturday, February 07, 2009

SAYA BANGGA MENJADI GURU




Alhamdulillah, tamat jugak pengajian aku baik adanya. Sedar tak sedar dah 17 tahun aku mengaji+mentelaah macam-macam benda. Tadika Kemas setahun, SK RKT Lasah 5 tahun, SMK RLKT Lasah 3 tahun, SMT Gerik 2 tahun, Kolej Taj setahun, Universiti Utara Malaysia 3 tahun, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Setahun... pergh macam tak caye je. Tapi itulah kenyataanya. Sepanjang-panjang pengajian aku di bumi Allah ini, tak pernah pulak aku terfikir nak jadi cikgu. Cuma masa tahun terakhir semasa di IPSAH baru berazam nak jadi guru. Dulu, masa sekolah rendah nak jadi doktor, naik sekolah menengah nak jadi jurutera pulak. Tapi memang aku minat gila nak jadi jurutera, kalau boleh nak dapat IR. Tapi hajat tak sampai sebab lepas matrix pointer tak cukup nak amik coz engineering. So, lepas tu atas nasihat ramai pihak, aku try bidang pendidikan, join KPLI buat physical education untuk menjadi guru. Dan inilah aku sekarang baru 2 bulan bergelar guru. aku bangga jadi guru, sebab arwah ayah aku pun guru gak, guru agama di kampung. Idola aku pun guru, cikgu bahasa inggeris masa form 3. Tambahan pulak disisi agama guru ni pekerjaan yang tinggi darjatnya, cuma masalahnya sekarang ni...

3 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

saudara seorang yang jujur dan mampu berjaya dengan lebih jauh lagi. salam singgah

ciare (^_^)v said...

Salam. hye. ni An kwn nurimirah right?? =)

AN said...

thanks kerana sudi menyinggah di ruangan saya yang tak seberapa nih...

Post a Comment