Friday, January 14, 2011

Khasiat Buah Pisang


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada semua lapisan atlet di dunia, daripda atlet-atlet kampung, hinggalah ke taraf professional seperti Roger Federer dan Usain Bolt. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat ideal dalam pemakanan kita seharian.

Merujuk kepada kajian terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit jiwa, kebanyakan daripada mereka beransur pulih selepas diberi pisang di dalam rutin harian mereka. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. Lupakan pil-pil hospital, makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood kita. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Buah tropical yang unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Kajian dibuat terhadap 200 pelajar disebuah sekolah di mana semasa perperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang semasa sarapan, rehat dan makan tengahari. Keputusanya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap. Gentian tinggi menjadikan pisang sebagai diet seharian kita yang pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan mengamalkan pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandunga gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula pula membetulkan sistem hidrasi semulajadi kita. Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk megelakkan demam pagi. Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah bejaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan system saraf anda.

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dna kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan penyakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mrncederakan organ dalaman kita. Ia juga dianggap sebagai peneutralan lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita. Ramai yang percaya bahawa, dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan anak yang dilahirkan nanti menjadi seorang yang penyabar.

Seasonal Affective Disorder S.A.D,merupakan simptom yang terjadi akibat kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu penghidap penyakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita. Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadaptubuh. Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air di dalam tubuh. Bila kita menghadapi stress, kadar metabolism akan meningkat dan ini akan menyebabkan penurunan kadar potassium. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Mengikut kajian dalam buku The New England Journal Of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 %. Pengamal perubatan semulajadi berpendapat, untuk menghilangkan masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka ataupun plaster bedah.

Kesimpulanya, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mengandungi 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan zat lain. Ia juga kaya dengan potassium dan juga merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah diperolehi. Dan sebagai panduan akhir, jangan sesekali simpan pisang didalam peti sejuk, kerana ia akan mengurangkan khasiatnya. Saya berharap agar pembaca mengubah perspektif masing-masing selepas ini apabila melihat pisang.

1 comments:

armouris said...

lagi info tentang pisang di SIHAT SELALU - Khasiat Pisang

Post a Comment