Friday, May 20, 2011

ALL THE WAY TO THE END

Like in any race, the dream is always to win. However, for me, i founded that completing a race is just as glorious as winning it. What matters most is you complete it. Recently, my riding buddies and i had participated in Malakoff Inter-state Fellowship Ride 2010 in Penang. This is my first experience paddling in such race. Over 2000 cyclists from around Malaysia were rushed the 238 km race covering the three states of Penang, Perak and Kedah. The two-day Ride spans over 31 December 2010 and 1 January 2011, covering challenging terrains of 171 km and 67 km, respectively.
The Ride is organised by The Penang State Government, Penang Sports Council, Knight of the Round Table (KOTRT) and Malakoff Corporation Berhad (Malakoff). Through this Ride, Malakoff aims to combine sports and healthy living with community outreach. While the participants paddle into the dawn of 2011 traversing the scenic 13-km Penang Bridge with a reinforced commitment to healthy lifestyles, they also aim to raise fund for charity organisations that was announced during the event launch.
First day race, as i waited for the flag off at Youth Park in George Town Penang, i never thought the climbs race will be as daunting as it sounded by my buddy. This 67km hilly route was really inciting me, the hills felt long and endless. More than anything else, the race was a more of a mental test with a torture machine. The climbs aim to Balik Pulau was mentally crestfallen especially when i had just completed one and see another one coming. But everything was pay back when i was seized the hill and stand on the Water Station 1, at Jalan Permatang Pasir. Water and bananas was provided here. My riding buddies and i got some refreshment there. “The pleasing of refreshment after the climbing is nearly as pleasant as making a love” my buddy said. What a felling, oh my god, so i have to get married right after this race! Ha ha ha.
Race continues with extremely downhill. It was mentally exhilarating when you ride through the 30 degree nosedive in open bent. It’s hard to describe the feeling. Sometimes i feel not comfortable with the sleek tyres with chasm by my side. It was as impressive as the speed nearly 70 km per hour as i remembered. “From Balik Pulau with love” there was a memorable place for my riding buddy as he was schooling there.
After that we are heading to the second hill aim to Air Terjun Titi Kerawang. Climbs start again, but this one the road was little bit small than BP’s and sheeting lichen some parts on it. It was also 100 percents shadow. As we were climbing, there were numerous calls of riders riding into each other especially at broken roads, sharp and slow corners. This is a road sense that i have learnt from other cyclist. We climb slowly and steady while realized how beautiful the scenic was. Finally we reach the top and take a rest, and captured some picture on the other hand.
Of course after the climb is always ride down. Ones again i was facing an extremely downhill, but this time the bent was so close and it was done with 50 km per hour average speed i think. Around 10 am we arrived at Water Station 2 at Teluk Bahang Dam and we get some refreshment with 100 plus and bananas there. We continue the joyful ride aim to Tanjung Tokong, Batu Feringghi, and non-stop to Youth Park. No more climbs in this cycleway. As i crossed the finishing line, i was ecstatic. The feeling of accomplishment after all the hard work is nearly as sweet as winning the race. This 67km route was leaving me beaming with pride and bragging rights after completing it. After that, the entire cyclists were queue up at designated counter and show their ride number to sign out. Participant jersey and goodies had been given as we sign out. Lunch was served at Youth Park and there was launching opening ceremony.
Overall the ride was fun. The routes were scenic. However, the organizers could have done a better job by providing the riders proper information such as confirming the actual distance and routes of the race. The usual safety precautions were taken. An ambulance was at hand and sweepers in truck were on standby to sweep up all of the cyclist who were not going to make the cut off time. If you are planning to go to Penang for ride, there’s a seaside you might want to check out. There’s also a waterfall on the way up to Titi Kerawang and other scenic spots for photography along the way.

Friday, January 21, 2011

DALAM LAUT ADA SUNGAI

Maha suci Allah yang maha menciptakan sungai dalam laut.

“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya”
“ It is He Who has let free the two bodies of flowing water: One palatable and sweet, and the other salt and bitter; yet has He made a barrier between them, a partition that is forbidden to be passed.”
(Al Furqan : 53)

Mr. Jacques Yves Costeau, ialah seorang ahli oceanographer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut puti ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton diseluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di dasar laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membrane yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil ini memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyabab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Beliau mula berfikir, jangan-jangan ia hanya halusinasi atau khayalan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadia tersebut, namun huraian berkaitan fenomena ganjil tersebut tak kunjung tiba.
Sehingga pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang professor Muslim, kemudian beliau berkongsi cerita dengan professor berkenaan tentang fenomena ganjil yang dialaminya. Professor tersebut teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan, yang sering diidentitikan dengan Terusan Suez.


“Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu”
“He has let free the two bodies of flowing water, meeting together”
(Ar Rahman : 19)

“Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.”
“Between them is a barrier which they do not transgress”
(Ar Rahman : 20)

Terpesonalah Mr.Costeau mendengar ayat-ayat Al Quran tersebut, melebihi kekagumanya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan dalam. Benar-benar satu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad ke-20. Mr. Costeau lantas berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandunganya mutlak benar.

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Di sana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya segar dan tawar, namun jika anda menyelam sampai kedalaman 60 meter, air masin pula yang ada. Lalu anda dapat melihat sebuah sungai di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setelah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hydrogen sulfida, kelihatan seperti sungai, luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Friday, January 14, 2011

MOH KITE KE PENANG

"Sekiranya kita gagal merancang, bermakna kita sedang merancang untuk gagal”. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, Allah swt yang maha esa menentukan segalanya. Amat benarlah kata-kata tersebut, rancangan awal kami ke Pulau Pinang untuk menyertai Kejohanan Sofbol Terbuka Pulau Pinang Kali ke-10 adalah untuk berkonvoi menaiki motorsikal. Dengan ketentuan Ilahi, pada pagi waktu kejadian semuanya berkumpul di rumah Mie dengan membawa motokar, kecuali Asan, kerana beliau mempunyai agenda tersendiri. Syukur Alhamdulillah.

Seperti tahun lepas, tahun ini juga kami semua berkumpul dirumah Mie pada pagi Khamis yang gerimis mengundang, 9 Disember sekitar jam 10 pagi. Seperti yang dijanjikan, Mie menyediakan sarapan pagi nasi lemak 50sen beserta kopi ‘O’ power. Majoriti pemain berada ditempat kejadian, Amir yang paling awal hadir, diikuti teman, kemudian Boy, Jai, Juad, Ajak, Syah, Tam, Asan, dan E menyusul dengan penuh bersemangat waja. Jelas sekali keghairahan pemain sofbol sejati terpacar di raut wajah mereka semua.
Selepas kenyang bersarapan dan pekena rokok sebatang, kami 11 orang bersiap sedia untuk bergerak dengan menaiki 3 buah kereta iaitu “Kancil Mantop”, “Toyota Terbaek”, dan “Myvi Tercinta” di Marshallkan sebuah “LC Orange”. Kami bergerak perlahan menuju ke destinasi pertama iaitu Kuala Kangsar Bandar Diraja. Amin menunggu kami di sana bersama “Mitsubishi Cancer” beliau.
Seterusnya kami menuju ke Kamunting untuk menjemput dua orang lagi pemain iaitu Aswad dan Ayie yang sedang menduduki ujian SPM. Selepas sejam perjalanan kami berhenti seketika di R&R Bukit merah untuk rehat dan rawat apa yang perlu.
Perjalanan diteruskan setengah jam kemudian menghala ke Simpang Ampat. Kami ke sana untuk mengambil peralatan sofbol yang telah di tempah daripada Ah Bee. Setelah semua urusan di Vipers Trading selesai kami meneruskan perjalanan dibekalkan Aiskrim Kochbi oleh Ah Bee.
Kami menuju ke Jeti George Town untuk menjemput seorang lagi pemain iaitu Amirul. Keadaan Trafik yang agak sibuk ketika itu menyebabkan kami sukar mengekori antara satu sama lain, sehingga ada yang tercicir. Ini menyebabkan masa di jalan raya berlarutan ke lewat tengah hari.

Setelah semuanya selesai kami terus ke destinansi penginapan iaitu Homestay Gertak Sanggul di Teluk Kumbar. Sesampainya kami disana, kami segera mencari tempat untuk melayan tekak dan perut masing-masing. Semua sudah kekurangan tenaga, tetapi masih ceria dan aktif waimma sudah kelaparan dan kepenatan. Mungkin disebabkan sesetengah dari kami yang gemar berkecindan tak kira masa. Hampir setiap masa ada sahaja perkara yang dijadikan bahan ketawa. Walaupun begitu, semuanya dalam kawalan.

Khasiat Buah Pisang


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada semua lapisan atlet di dunia, daripda atlet-atlet kampung, hinggalah ke taraf professional seperti Roger Federer dan Usain Bolt. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat ideal dalam pemakanan kita seharian.

Merujuk kepada kajian terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit jiwa, kebanyakan daripada mereka beransur pulih selepas diberi pisang di dalam rutin harian mereka. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira. Lupakan pil-pil hospital, makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood kita. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Buah tropical yang unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Kajian dibuat terhadap 200 pelajar disebuah sekolah di mana semasa perperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang semasa sarapan, rehat dan makan tengahari. Keputusanya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap. Gentian tinggi menjadikan pisang sebagai diet seharian kita yang pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan mengamalkan pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandunga gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula pula membetulkan sistem hidrasi semulajadi kita. Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk megelakkan demam pagi. Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah bejaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan system saraf anda.

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dna kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan penyakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mrncederakan organ dalaman kita. Ia juga dianggap sebagai peneutralan lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita. Ramai yang percaya bahawa, dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan anak yang dilahirkan nanti menjadi seorang yang penyabar.

Seasonal Affective Disorder S.A.D,merupakan simptom yang terjadi akibat kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu penghidap penyakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita. Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadaptubuh. Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air di dalam tubuh. Bila kita menghadapi stress, kadar metabolism akan meningkat dan ini akan menyebabkan penurunan kadar potassium. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Mengikut kajian dalam buku The New England Journal Of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 %. Pengamal perubatan semulajadi berpendapat, untuk menghilangkan masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka ataupun plaster bedah.

Kesimpulanya, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mengandungi 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan zat lain. Ia juga kaya dengan potassium dan juga merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah diperolehi. Dan sebagai panduan akhir, jangan sesekali simpan pisang didalam peti sejuk, kerana ia akan mengurangkan khasiatnya. Saya berharap agar pembaca mengubah perspektif masing-masing selepas ini apabila melihat pisang.