Friday, June 19, 2009

WE ARE THE CHAMPION!

"SUPER V 2009", julung kalinya pertandingan sofbol diadakan, anjuran bersama Persatuan Sofbol Negeri Perak. Ini membuka peluang kepada bakat-bakat muda bawah 23 tahun di negeri ini untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi serta menjadi platform untuk mengetengahkan bakat mereka. Ini merupakan pengalaman yang paling indah sepanjang perjalanan aku dalam arena sofbol. Walaupun kali ni aku tak main, aku duk tepi ja, tapi aku dapat rasakan aku sebahagian daripada pasukan ni, sebab semua yang main kat dalam tu junior aku, training sama-sama, coach yang sama. BANSHEES who are!!!. Aku juga dapat rasakan team ni berpeluang cerah untuk menjadi johan. Sebab kali ni aku rasa lain, everythings well prepared. Dari aspek pengurusan, latihan, komitmen pemain, jurulatih yang mantop (Sir & Cg Ka) dan lain-lain lagi. Semuanya nampak teratur.Semua pergi dengan bersemangat waja dan penuh dengan pengorbanan yang tak siapa pun tahu melainkan individu itu sendiri. Sifu aku gak dapat rasakan angin kejuaraan, katanya "saya dapat rasakan angin yang bagus dalam kejohanan ini".

This is my sifu En Adnan Bin Mustafa, semua murid menyapa beliau dengan panggilan "sir", kerana beliau mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Semasa zaman persekolahan dahulu Sir amat digeruni kerana personalitinya yang garang, penulis memang suspen ja tengok beliau. Sampai umur penulis 25 tahun sekarang ni pun masih suspen lagi, tapi penulis buat-buat berani sahaja. He is my idol, kalau boleh penulis nak jadi macam beliau. Walaupun beliau garang tapi beliau amat friendly, sesiapa yang rapat dengan beliau pasti menyedarinya. Boleh bertepuk dan bertampar bersama, tapi selalunya kami la yang kena tampar.


Yang ini pun sifu aku jugak, En Khairulamri Bin Sulaiman atau nama glamornya Cg Ka, Masa form 3 dulu beliau la yang mengajar aku matematik, sebab tu la aku dapat A dalam PMR he he, thanks cg. Cg Ka adalah seorang coach yang sangat smart dan cool, have a good instinct in games and he always know the way, and i really respect him.









Mamat ni plak, the best partner aku semasa di infield, kami memang ada keserasian dalam diamond. Masing-masing tahu apa yang nak dibuat, ada chemistry la orang kata. Selalunya aku main shortstop dan dia 2ndbaseman. Fullamak memang cun cun herett!!! kalau buat double play memang mantap gila. Tapi kami sudah jarang beraksi bersama dalam kejohanan, masa trainning ja berkesempatan. Mamat ni namnya E11. Junior aku 3 tahun. Tak sabar nak beraksi dengan lu bro!




Ok sambung balik cerita SUPER tadi. Tambahan pulak prestasi semasa mereka yang amat memberangsangkan, serta komitmen yang sangat tinggi dipamerkan oleh setiap individu dalam pasukan, menjadikan aku begitu yakin kepada pencapai mereka nanti.














Namun begitu saingan tetap sengit, datangnya daripada daerah Kinta dan Hilir Perak iaitu Devilz Softball Club dan Miharbi Softball Club. Debaran jantung yang kencang membuatkan aku jadi tak sanggup untuk menonton perlawanan tersebut, terutamanya semasa perlawanan pada peringkat kumpulan Y iaitu Kuala Kangsar Banshees Vs Kinta Devilz. Betul kata Sir sofbol ni adalah sukan yang tak baik untuk kesihatan, kerana terlalu mendebarkan. Silap hari bulan sapa yang lemah jantung boleh mati ditempat kejadian.
Kinta memiliki pitcher yang sangat bagus, dan kami mengalami sedikit kesukaran untuk menyerang. Perlawanan sungguh sengit, agak sukar mendapat run pada innings awal. Namun strategi yang digunakan menjadi, we play short game, play save and smart. Idea daripada coach yang sangat kami kagumi iaitu Sir Adnan dan Cg KA. Pada inning yang ke 3 kalau tak silap aku Asyraf berjaya membuat turning point apabila slap yang dibuatnya berjaya membocori infield pasukan Devilz. Dan akhirnya kami berjaya menewaskan Kinta dengan larian 5 berbalas 2. Tetapi sebelum itu kami telah menewaskan kerian pada perlawanan sebelumnya dengan larian 11 berbalas 3. Pada pusingan awal pula kami telah menewaskan Hilir Perak dengan larian 8 berbalas 4. Dan kami sekali lagi bertemu dengan Hilir Perak di perlawanan akhir, manakala Kinta bertemu Manjung untuk penentuan tempat ke 3.



























BANSHEES IS THE BEST LA LALA LALA

PECAH REKOD






Rekod penangkapan udang terbesar telah dipecahkan baru-baru ini. Rekod dipecahkan di tempat yang sama dengan bantang pancing yang sama oleh orang yang sama. Udang yang saiznya hampir sebesar lengan saya itu di naikkan ke darat dari Sungai Kain kira-kira jam 830 malam, dan udang yang kedua sekitar jam 845 malam. Apa yang mengkagumkan saya ialah sepit udang tersebut bewarna biru yamg amat panjang menjangkau 40 sm. Malam itu ibarat malam yang lumayan bagi pemancing udang tersebut, kerana berjaya menaikkan kedua-dua ekor udang tersebut dalam jarak masa yang singkat. Lantaran itu pemancing memanjangkan masa memancingnya hingga lewat malam dengan harapan ada lagi hasil yang memberangsangkan. Namun hanya dua ekor udang gergasi yang diperolehi pada malam tersebut.