Friday, June 19, 2009

PECAH REKOD






Rekod penangkapan udang terbesar telah dipecahkan baru-baru ini. Rekod dipecahkan di tempat yang sama dengan bantang pancing yang sama oleh orang yang sama. Udang yang saiznya hampir sebesar lengan saya itu di naikkan ke darat dari Sungai Kain kira-kira jam 830 malam, dan udang yang kedua sekitar jam 845 malam. Apa yang mengkagumkan saya ialah sepit udang tersebut bewarna biru yamg amat panjang menjangkau 40 sm. Malam itu ibarat malam yang lumayan bagi pemancing udang tersebut, kerana berjaya menaikkan kedua-dua ekor udang tersebut dalam jarak masa yang singkat. Lantaran itu pemancing memanjangkan masa memancingnya hingga lewat malam dengan harapan ada lagi hasil yang memberangsangkan. Namun hanya dua ekor udang gergasi yang diperolehi pada malam tersebut.

Friday, April 17, 2009

IKAN EMPURAU (Tor tambroides)

Kapit sering kali disinonimkan dengan ikan-ikan eksotik kerana kedudukannya di kawasan hulu Sungai Rejang merupakan habitat semulajadi bagi banyak ikan asli di Sarawak. Salah sejenis ikan air tawar yang paling banyak dicari ialah ikan empurau. Ikan ini adalah amat masyhur di Sarawak.
Secara umumnya, ikan ini tinggal di anak sungai yang deras, jernih dan berbatu di kawasan hulu sistem sungai. Di Sarawak, ikan ini boleh dijumpai di hulu sungai-sungai utama seperti Rejang, Baram, Limbang dan Batang Ai. Di Rejang, terdapat tiga jenis ikan empurau yang dikenal pasti iaitu empurau burak, empurau merah dan empurau chelum.

Makanan semulajadi ikan empurau ialah tumbuh-tumbuhan seperti daun, buah-buahan dan bunga. Populasi ikan empurau adalah kecil. Akibat permintaan yang tinggi dan pencemaran alam sekitar, populasinya berkurangan dengan drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ikan empurau dapat mencapai berat lebih daripada 20 kg dan mencatat harga pasaran yang tinggi iaitu lebih daripada RM160kg sekilogram.

Terdapat banyak kekeliruan dalam membezakan ikan empurau daripada ikan semah (saudara terdekat ikan empurau). Kehadiran cuping panjang pada bibir bawah yang jarang dijumpai pada ikan semah ialah ciri perbezaan utama.

Pada tahun 2004, Pusat Penyelidikan dan Pengeluaran Ikan Asli Tarat telah berjaya membuat pembiakan tiruan bagi ikan empurau. Oleh itu, ikan ini mempunyai banyak potensi dalam industri akuakultur di Sarawak.

LAGENDA JERAM PELAGUS


Jeram Pelagus, terdiri daripada beberapa siri jeram di antara Kapit dan Belaga, terletak kira-kira 32km di Batang Rajang dari bandar Kapit. Jeram bersiri ini mempunyai sejumlah tujuh buah jeram yang menjangkau sejauh 12.8km (8 batu). Antara jeram yang paling bahaya ialah jeram-jeram sepanjang 1.6km yang berair deras dan bergelora melalui batu-batan yang tajam yang terletak berhampiran dengan Pusat Peranginan Pelagus.

Batu tongkol besar yang tonjol sewaktu paras air rendah menjadikan jeram itu tidak dapat dilalui oleh bot-bot besar manakala pada waktu paras air tinggi, air jeram menjadi bergelora dan berpusar menjadikan laluan sungai berbahaya. Pada masa dahulu, Jeram Pelagus menjadi penghalang kepada orang Iban daripada berhijrah jauh ke hulu dan bertembung dengan suku etnik lain yang telahpun menetap awal di sana. Kini. Jeram Pelagus merupakan aset pelancongan yang penting dengan terbinanya Pusat Peranginan Pelagus yang berhadapan dengan jeram itu.

Legenda mengatakan bahawa pada zaman purba dahulukala, terdapat seekor ular besar bermitos digelar Nabau. Pada suatu hari, ular itu menjelma sebagai seorang manusia yang cuba bermesra dengan isteri kepada seorang pahlawan. Pahlawan itu berjaya menangkap ular itu, mengeratnya kepada tujuh bahagian dan membuangnya ke dalam sungai. Keratan-keratan ular itu kemudiannya membentuk tujuh ketulan batu-batan iaitu tujuh buah jeram yang ada sekarang.

Jeram Pelagus dikatakan berpuaka dan bermitos di kalangan orang-orang tempatan kerana sekali dalam beberapa tahun, seseorang nyawa akan terkorban di jeram tersebut. Sesetengah orang tempatan masih lagi membuat upacara atau persembahan adat untuk menenteramkan roh-roh jeram itu.

BANSHEES 99 PATH

1996-Aku mula terdedah kepada sukan ini apabila mewakili sekolah dalam pertandingan rounders bawah 12 tahun peringkat zon sungai siput. Mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Aku semakin meminatinya apabila melihat ada sukan seumpamanya dimainkan di sekolah menengah di kampung aku iaitu sofbol.



1997-The Big Bro memperkenalkan sofbol kepada aku dan rakan2 seperjuangan semasa ditingkatan 1. Game pertama aku ialah di kejohanan MSSD Kuala Kangsar. Masa tu, mengeletar kaki masa berdiri dalam batting box.

Inila dia rupanya insan yang bertanggungjawab menjerumuskan aku dalam sukan sofbol ni
Sir Adnan da great




1998-Sir Adnan dan Cg Ka merupakan sifu aku, merekalah yang mengajar teknik asas dalam permainan ini. Masa tu aku tak mempunyai impian yang tinggi. Cuma bermain di kejohanan MSSPK sudah mencukupi.

From left Cg Khairulamri, Derek Jeter, Sir Adnan



1999-Masa aku form 3, Sir Adnan telah memberi kepercayaan kepada aku untuk bermain dalam pasukan 18tkb Daerah Kuala Kangsar. Itulah pengalaman yang amat terkesan dalam jiwa aku, sebab 1st time tengok pitcher laju gila... sukar dibayangkan




2000-2002
-Aku meninggalkan sukan ini selama 3 tahun kerana memasuki sekolah teknik dan matrikulasi. Tiada sukan sofbol disana.



2003-2006-Sofbol the return. Aku berjumpa dengan sorang mamat ni masa orentasi di UUM, nama dia Sharafi. Mamat ni aku kenal, pithcer perak 1998-2000. So bunga bunga cinta kepada sofbol kembali. Aku berpakat dengan dia untuk sertai team UUM. Masa tu ada dalam 5 orang senior yang oatai gak la dalam sofbol. Kat sinilah aku semakin terdedah kepada sofbol dalam Malaysia ni, ramai otai2 yang aku kenal. Tapi masa tu aku tak dapat lagi feel seorang player softball sejati, walaupun banyak game aku main antaranya MASUM 3 kali, UUM Open, Friendly dengan team Kedah dan Perlis.

From left: Izahar, Sharafi, Derek Jeter, dan Jepun


UUM Softball Team at UKM MASUM 2005


UUM Softball Team sampai di vanue MASUM 2005 UKM



2006-Lokasinya ialah Bandar Perda Penang, aku menjalani praktikal selama 3 bulan di Aseania Development. Aku menetap di teratak yang indah iaitu Kondominium Mutiara bersama rakan lain. Pelik apabila melihat ada sebuah pasukan sofbol yang sangat mantap sedang berlatih di padang futsal di Pasific Megamall Seberang Perai Penang. Ketika itulah aku berkenalan dengan otai2 sofbol di Penang seperti Abi, Ifu, Kenny dan ramai lagi. Kenny la yang banyak entertain aku masa tu, hanya aku budak melayu dalam pasukan tu. Pasukan ni namanya United, meraka trainning bersama Vipers setiap malam rabu. Disinilah aku dapat menimba banyak skill yang boleh dikatakan tak pernah aku terfikir daripada mereka, walaupun berlainan bangsa mereka tidak menyisihkan aku sebaliknya mengalu-alukan kedatangan aku. Bersama pasukan ini aku menyertai beberapa kejohanan seperti Penang League, dan PSU Softball cup bertempat di Hadyai Songkhlka Thailand. Masa tu la aku Jumpa Abg Mat, yang merupakan jurulatih kami. Aku terkaget bila bertemu Abg Mat sebab dia merupakan coach Sir Adnan (sifu aku) masa Sir belajar di MRSM Balik Pulau dulu. Kira Abg Mat ni Otai Softball gila la. Dia outfielder Malaysia sekitar 60-80an dulu.


2007-Waktu ni aku dah habis belajar di UUM, mula mencari pekerjaan. Susah nak dapat kerja, so aku noreh getah di kampung. Masa ni la aku cari dan kumpulkan balik kawan2 lama yang main sofbol masa kat sekolah dulu. Aku berpakat dengan mereka untuk bentuk team. So sofbol diteruskan lagi dalam hidup aku, setiap petang aku turun training kat padang sekolah, syok gila. Antara kaki yang selalu training dengan aku mestilah 1st my buddy "al-fakre" atau dikenali sebagai e. Mamat ni tak pernah kata tidak kepada sofbol, pastu "Asan", "Amir", "Khalid", "Bob", "Asyraf Junior", "Mie", "Opie" dan ramai lagi la. Bermula la pencarian Players yang gila kepada softball, siap import Kimie, Along dan Ganu dari utara. Dari itu banyak game yang disertai ( boleh tengok kat blog ni http://sofbolbanshees.blogspot.com)

From Left; Amir, Derek Jeter, E, Shah, Asan


Kat padang ni la kami training




2008-Aku masuk Institut Pendidikan Guru IPSAH KPLI PJ 08. Tapi Banshees tetap dijiwa... walaupun aku di IPG aku tetap join game yang Banshees sertai. Banshees tetap di hati. Disamping tu aku juga dah mula berkecimpung dalam bidang pengadilan, ujian dah lulus, praktikal pun dah buat, dan aku dapat batch Pengadil Sofbol Malaysia masa di Kejohanan Softball MSSM 2008 di Kota Bharu Kelantan. Sir Adnan jugaklah yang banyak support aku, thanks sir. Strikes u out!!!

From Left: Mr Charles Lesslar, Umpire dari Kedah, Umpire dari Penang, dan Ridzuan Rawi


Line Up!!!



2009- Inilah tahun yang malap bagi aku dari aspek sofbol, aku ingat bila dah posting ke sekolah nak menubuhkan pasukan sofbol 12 tkb, nak jadi coach. Sekali kena posting di kawasan pedalaman di Kapit Sarawak. Terkubur niatku begitu sahaja. Nak main sofbol memang tak dapat la... Maybe umpire boleh kot. Sedih Betol, tapi Banshees tetap dihati.

Inilah aku sekarang yang tinggal hanya bola sofbol di baju dan tali leher


Seorang guru pendalaman yang merindui sofbolnya...

Thursday, April 09, 2009

HASIL TANGKAPAN


Inilah rupanya ikan baung yang telah ditangkap...


Udang Galah yang tumpas di tanganku...



Ha! ni spesies ikan empurau, ikan yang sangat popular dan paling mahal serta teramatlah sedap di negeri sarawak ni. Harganya melebihi rm100 sekilogram.


UDANG GALAH VS IKAN BAUNG

AIR KAIN MELIMPAH LAGI




Episod banjir bermula lagi, tetapi tidak mencapai tahap kritikal lagi. Ini kali ke 3 banjir tahun 2009 ini (9 april 2009), dan kali ini air naik paling tinggi iaitu sampai ke tangga rumah yang aku diami. Lebih kurang jam 2 pm air sudah naik disekitar rumah Mat dan Cg Jess. Padang bola seperti biasa, tiang gol sudah tidak kelihatan. Sekitar jam 230 aku Pat, dan Awi memulakan operasi mengangkut barang2 di Prasekolah, kerana air sudah mula melewati kawasan tersebut. Tak pernah aku mengalami keadaan seperti ini sepanjang aku bernafas di bumi Allah swt ini. Duduk di kawasan yang terdedah dengan banjir, agak menyedihkan juga tapi aku tetap bersyukur dengan pengalaman ini kerana aku percaya segala yang terjadi adalah yang terbaik untuk aku.



Thursday, March 26, 2009

TRIP KE KUCHING






































Cuti pertengahan penggal pertama persekolahan ini aku bercadang untuk ke Kuching, melawat Kakcik sekeluarga, iaitu Abg Zahrul, Kakcik, dan tiga orang permata hati mereka Nur Farah Alia 10, Nur Hanis Amira 8, dan Nur Syifa Najwa 2. Aku sampai di Terminal Bas Kuching sekitar jam 1230am bersama seorang rakan seperjuangan Sk Nanga Kain iaitu Rufina, yang merupakan seorang guru prasekolah di sekolah kami. Beliau ingin menghabiskan cuti bersama orang tuanya di kampung halaman iaitu Kucing. Perjalanan dari Sibu ke Kuching yang mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan kos rm40 itu memang memenatkan. Namun segala kepenatan itu bagaikan tidak terasa kerana ini pengalaman pertama aku menaiki bas sejauh itu di bumi kenyalang ini. Tambahan pula keinginan yang berkobar-kobar untuk melihat bagaimana keadaan bumi Sarawak ciptaan Ilahi yang indah ini. Apa yang peliknya sepanjang perjalanan tersebut aku langsung tidak terlelap, mungkin kerana setin tongkat ali madu Powerroot yang aku minum di Sibu tadi, tambahan pula keadaan jalan raya yang sempit dan tidak rata menyukarkan lagi untuk aku lena. Jadi dapatlah aku menginsafi seluruh perjalanan tersebut. Tidak banyak yang dapat di lihat kecuali hutan yang mengiringi perjalanan aku. Tayar bas mula bergolek dari Sibu jam 430pm, menuju ke Sarikei, untuk mengambil penumpang di sana. Kemudian perjalanan diteruskan menuju ke Bahagian Betong dan melewati Saratok. Cahaya matahari mulai hilang dari pandangan semasa melepasi betong, dan hujan juga mengiringi malam membasahi bumi Allah ini. Aku tidak dapat melihat dengan jelas persekitaran pada waktu itu. Cuma yang aku nampak signboard di tepi jalan kerana aku duduk di seat yang paling hadapan, Seri Aman 250km lagi. Hujan bertambah lebat ketika di Seri Aman dan disana jugalah bas tersebut berhenti di satu perhentian rehat. Aku makan malam disana, agak mahal juga nasi campur+ Nescafe rm 9. 15 jam jumlah perjalanan dari sekolah tempatku mengajar ke Kuching. Bergerak dari sekolah jam 10am menaiki perahu panjang seramai 12 orang dengan kos rm30 seorang mengambil masa 2 jam untuk ke Kapit. Sampai di Kapit terus menuju ke Wharf Sibu untuk menaiki boat express yang mula bergerak jam 1215pm mengambil masa 4 jam. Tambang yang dikenakan rm25 untuk business class, rm30 untuk vip class, dan rm20 untuk ekonomi class.
Hari pertama di Kuching, aku tidak kemana. Kakcik mengadakan majlis makan sempena ulang tahun Anis yang ke 8. Abg Zahrul menjemput rakan seperjuanganya yang mengajar di IKM Kuching. Aku sempat berbual dengan mereka di majlis tersebut, dan bertukar pengalaman dengan mereka. Ke semua mereka dari semenanjung, dan sudah berkeluarga. Ahad 15 mac kami semua ke Serikin, sempadan Sarawak dan Kalimantan. Pelbagai barangan yang dijual disini dengan harga yang berpatutan dan semuanya barangan buatan Indonesia, jika di semenanjung ia seperti Bukit Kayu Hitam di Kedah, atau Rantau Panjang di Kelantan, yang menjual barangan dari Thailand. Yang berbezanya Serikin beroperasi pada hujung minggu sahaja, kerana peniaganya semua datang dari Indonesia. Ramai juga pengunjung yang datang, mungkin kerana cuti sekolah. Rombongan dari semenanjungpun berkesempatan datang pada hari tersebut. Keadaanya amat sesak sekali, disebabkan jalan yang sempit dan pakir yang sedikit. Tempat ini akan menjadi lebih menarik sekiranya pihak kerajaan memajukannya dan ia boleh memberi peluang kepada masyarakat di situ untuk mempromosi dan menjual hasil kerja tangan mereka disamping dapat meningkatkan ekonomi mereka. Sekitar jam 11 am kami mula berunsur untuk pulang dan kami sempat singgah di “Wind Cave Nature Reserve” untuk makan nasi lemak yan dibawa tadi. Selesai makan kami meninjau-ninjau kawasan persekitaran tempat tesebut, sekali lagi melihat kebesaran ciptaan ilahi, sungainya yang mengalir damai, gua yang indah, persekitaran yang cantik. Kemudian kami semua menuju ke pusat bandaraya Kuching untuk menikmati makan tengah hari di Restoran Asam Payak, yang berhampiran dengan Wisma Satok. Makanan di sini amat menyelerakan kerana ia menyajikan hidangan atau masakan semenanjung, harganya juga agak berpatutan.
Keesokan harinya aku mendapatkan tiket flight air asia untuk pulang ke Sibu bertarikh 21 mac 2009 jam 1030am dengan harga rm140. Kemudian, sekali lagi kami ke Restoran Asam Payak untuk menjamu selera, aku mencuba Laksa Sarawak dan rasanya amat sedap sekali. Rasanya seperti mee kari di semenanjung, sungguh menyelerakan, rugi jika tidak mencuba. Pada petangnya Abang Zahrul membawa kami ke kaki Gunung Santubung untuk melihat gunung tersebut dengan lebih dekat lagi. Gunung ini berada di tepi laut, pemandangannya sangat indah dan memukau. Sebelum itu kami sempat menghirup udara segar sambil menghayati deruan ombak di Damai Beach Resort. Semamangnya resort ini sangat eksklusif dan menjadi tumpuan pelancong dari luar dan dalam negara. Kami juga sempat meninjau Kampung Budaya Sarawak. Keadaanya amat unik, di mana kita seolah-olah berada di perkampungan iban. Kami cuma melihatnya dari luar sahaja, kerana hari sudah lewat petang dan tidak berkesempatan untuk masuk. Satu hari nanti aku pasti kembali untuk menginap di Damai Beach Resort, menyingkap keindahan Kampung Budaya Sarawak, dan seterusnya merempit di Gunung Santubung.
Hari seterusnya kami ke “Cat Museum” yang tidak jauh dari rumah Kakcik, Cuma 15 minit dengan menaiki vios QAL 605. Bangunan muzium tersebut boleh di lihat sekitar Bandaraya Kuching kerana ia terletak di atas bukit, seperti Istana Kenangan yang terletak di Bukit Chandan Kuala Kangsar. Kebetulan pada masa yang sama satu rombongan sekolah rendah membuat lawatan sambil belajar. Keadaan agak sesak juga kerana dipenuhi dengan budak sekolah yang berpusu-pusu untuk melihat patung-patung kucing di dalam muzium tersebut. Seterusnya kami ke Kuching untuk mengunjungi Muzium Kuching yang banyak mempamerkan ciri-ciri kebudayaan negeri Sarawak. Kemudian kami ke Restoran Dayang untuk makan tengah hari. Pada sebelah petang aku ke IKM kuching tempat kerja Kakcik dan Abang Zahrul untuk melayari internet. Aku juga berkesempatan ronda-roda sekitar Bandaraya Kuching dengan menaiki motor kriss milik Abang Zahrul. Antara tempat yang sempat disinggah ialah Wisma Satok, Sarawak Water Front, Spring Shopping Mall, dan beberapa kawasan lain di sekitar Bandar Kuching. Disebelah malam aku.....